Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin belia mahu hapus stigma isu kesihatan mental

Jan 24, 2022 | 05:30 AM



PENGALAMANNYA mengharungi isu kesihatan mental pada usia muda telah mendorong mahasiswi Universiti Nasional Singapura (NUS), Cik Nur Haziqah Mohd Yazib, menghulurkan bantuan dan mengongsi pengalaman bersama belia lain yang mungkin mengalami keadaan serupa sepertinya.



Anggota kelompok Kesihatan Mental Youth Corps ini telah terlibat dalam beberapa program bersama rakan kongsi masyarakat iaitu Persatuan Kesihatan Mental Singapura (SAMH), dengan melancarkan aktiviti sukan dan kesenian demi menggalak kesejahteraan mental dalam kalangan belia terutama dalam iklim Covid-19 sekarang.



Menerusi program itu, belia 22 tahun ini telah menghasilkan video penceritaan berbentuk digital yang mengisahkan refleksi peribadinya mengenai kesihatan mental selain mengetengahkan khidmat yang ditawarkan Creative Say! daripada SAMH.



Atas usahanya, anak kedua tiga beradik ini merupakan antara sukarelawan yang telah diberikan pensijilan selepas menamatkan Program Kepimpinan Youth Corps.



Presiden Halimah Yacob telah menyampaikan sijil itu bersama-sama Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura, kelmarin.



Sebagai sebahagian daripada program kepimpinan itu, belia berusia antara 17 dengan 25 tahun telah menjalankan projek yang berlangsung antara sembilan bulan dengan setahun.



Seramai 400 belia yang terlibat dalam program itu yang dijalankan pada 2020 dan 2021.



Cik Haziqah berkata semasa di sekolah rendah, akibat tidak mendapat gred yang baik, dia berasa dirinya 'kecil' dan mempunyai tahap keyakinan yang rendah.



Namun dia mula bangkit semula di sekolah menengah dan berpindah daripada aliran normal akademik ke ekspres.



Kini dia merupakan mahasiswi di NUS dalam bidang psikologi.



"Saya mahu menghapuskan stigma yang sering berkaitan dengan kesihatan mental.



"Lebih daripada sekadar meningkatkan kesedaran, saya berharap sistem juga dapat berubah di mana dalam pekerjaan, kesihatan mental tidak menjadi sesuatu yang menghambat seseorang daripada mendapat pekerjaan yang mereka ingini," ujarnya.



Cik Haziqah juga mahu menggalak belia lain agar tampil dan menyumbang semula kepada masyarakat.



"Anda tidak perlu menjadi selebriti atau pempengaruh untuk menyumbang semula kepada masyarakat. Langkah yang dilakukan seseorang itu, sebenarnya tanpa disedari dapat membuat perubahan yang besar kepada masyarakat sekeliling," katanya yang bercita-cita menjadi pakar psikologi klinikal.



Berucap di majlis itu, Puan Halimah berkata sejak dua tahun ini, Covid-19 telah menyebabkan gangguan terhadap khidmat masyarakat dan operasi sukarelawan.



"Bagi masyarakat yang memerlukan, kedua-dua sebab ini telah menyebabkan kesukaran.



"Saya gembira meskipun demikian dalam tempoh ini, para belia kita meneruskan usaha mereka berkhidmat kepada masyarakat," ujarnya.



Menurut Puan Halimah, Youth Corps cepat menyesuaikan diri programnya dengan pendekatan baru dan inovatif agar belia dapat teruskan menjadi sukarelawan dan pada masa yang sama mematuhi langkah pengurusan selamat.



"Menerusi usahanya, Youth Corps telah memastikan semangat kesukarelawan kekal tinggi dan terus mengajak orang lain terus berkhidmat dalam masa tidak menentu ini," kata Puan Halimah lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >