Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penasihat kewangan boleh bantu bentuk masyarakat celik wang: Maliki

Nov 24, 2021 | 05:30 AM



PARA penasihat kewangan diajak untuk sama-sama melibatkan diri dalam membantu membentuk masyarakat yang celik wang demi mempersiapkan diri dalam keselamatan kewangan untuk masa depan.



Menteri Di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, dalam dialog bersama Berita Harian (BH) semalam berkata selain penasihat kewangan ini, golongan asatizah dan Pertubuhan Melayu Islam (MMO) perlu bekerjasama dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu-isu kewangan.



"Sebelum ini, memang tidak ada konsensus tentang peranan perancangan kewangan di negara ini.



"Saya rasa, penting untuk menganjurkan webinar kewangan bersama beberapa syarikat kewangan dan berganding bahu, dan bagaimana kita boleh membentuk semula inspirasi mereka, khususnya dalam perancangan kewangan.



"Satu aspek yang penting berkaitan langsung dengan masyarakat kita adalah isu sama ada mereka bersedia untuk menghadapi masa depan yang mencabar ini, dan bagaimana mereka menyiapkan diri dengan kewangan, dan membuat perancangan wang mereka sama ada untuk anak-anak dan untuk diri mereka sendiri, ataupun ketika mereka bersara kelak.



"Satu kepentingan adalah, apakah mereka tahu bagaimana untuk menyara hidup apabila mereka sudah bersara kelak, dari aspek wang simpanan, dan sebagainya.



"Isu perlindungan dan perlindungan kesihatan ini amat penting sekali dan kita tidak boleh beranggapan bahawa apa yang pemerintah telah lakukan seperti skim-skim CPF (Tabung Simpanan Pekerja), Medisave, MediShield dan sebagainya, adalah mencukupi.



"Saya berharap para penasihat kewangan ini dapat bekerjasama bersama M³ (M Kuasa Tiga) dan industri lain, dan mampu untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mereka tentang isu kewangan ini.



"Kita juga boleh bekerjasama dengan M³ dan mendekati masyarakat dengan lebih baik lagi."



Turut hadir dalam dialog itu adalah Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin.



Beliau berkata terdapat keperluan untuk pihak-pihak agama terlibat sama dalam memberikan penjelasan kepada masyarakat tentang usaha meningkatkan ilmu perancangan kewangan.



"Juga bagaimana kita boleh menyokong generasi muda dengan lebih baik, baik dari segi perancangan masa depan dan kewangan mereka,'' ujar Cik Nadia.



Seramai 11 perancang kewangan dari pelbagai sektor privet hadir dalam dialog secara maya semalam.



Mereka terdiri daripada Encik Muhamad Ali K Abdulla; Encik Hassanuddin Mohamed; Encik Muhammad Firdaus Anuar; Encik Muhammad Nazmi Mustafa; Syed Afiq Syed Ismail, Encik Khairuddin Sukor; Encik Tuan Abdu Qayyim Tuan Isa; Encik Muhammad Helmi Abd Hakim serta Cik Sarinah Aziz; Cik Surina Zakariah dan Cik Nur Liyana Abdul Jalil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >