Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pencarum CPF boleh tokok akaun CPF guna aplikasi bank OCBC

Aug 11, 2022 | 05:30 AM



RAKYAT Singapura kini boleh membuat tokokan dana untuk Akaun Persaraan dalam Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka dengan lebih mudah.



Khidmat baru oleh bank OCBC itu membolehkan pengguna membuat tokokan pada akaun CPF mereka melalui aplikasi mudah alih mereka atau perbankan dalam talian.



Menurut OCBC semalam, bank itu merupakan yang pertama menawarkan khidmat bagi memudahkan rakyat Singapura untuk merancang persaraan mereka.



Lazimnya, pengguna harus menggunakan aplikasi CPF atau Giro untuk membuat tokokan CPF mereka.



Selain itu, mereka juga mengisi borang di laman sesawang CPF untuk membuat membuat permohonan.



Seorang jurucakap OCBC berkata, menurut tinjauan kesihatan kewangan bank itu untuk tahun 2021, pelancaran khidmat ini tepat pada masanya memandangkan CPF merupakan sumber utama untuk warga Singapura membiayai kos persaraan mereka.



Kajian itu juga menunjukkan bahawa lebih ramai rakyat Singapura mengambil serius tentang perancangan persaraan mereka, dengan dua daripada tiga orang membuat rancangan persaraan kewangan tahun lepas.



Pengguna bank itu juga telah melakukan transaksi untuk tokokan lebih 30 peratus dan sumbangan tahunan lebih 25 peratus pada CPF tahun lepas berbanding tahun 2020.



Ini turut disokong menerusi laporan tahunan Lembaga CPF yang dikeluarkan bulan lepas, yang menunjukkan dana CPF mencecah paras tertinggi pada akhir tahun lepas, melebihi setengah trilion dolar.



Ketua Perkhidmatan Kewangan Pengguna OCBC di Singapura, Encik Sunny Quek berkata:



"Pelancaran perkhidmatan baru kami ini memperluaskan cita-cita kami untuk perancangan kewangan dilakukan dengan lebih mudah dan inklusif untuk rakyat Singapura.



"CPF merupakan tunggak utama dalam merancang untuk persaraan bagi kebanyakan rakyat Singapura dan kebolehan menyumbang pada akaun CPF mereka membolehkan mereka untuk menerima pembayaran sebagai pendapatan persaraan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >