KEHIDUPAN di era globalisasi dan dalam sebuah masyarakat kosmopolitan sering membuatkan kita berdepan dengan pelbagai cabaran yang sangat kompleks dan berbilang dimensi.
Cabaran-cabaran itu menuntut kita menyesuaikan diri dengan perubahan semasa dan pada waktu yang sama tetap teguh dengan pegangan dan prinsip, malah dapat berperanan sebagai Muslim yang dapat dicontohi.