Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilih tarikh 22.2.2022 untuk bernikah

Feb 22, 2022 | 08:25 PM



SERAMAI 500 pasangan di Singapura telah memilih tarikh 22 Februari untuk disatukan sebagai suami isteri.





Ini termasuk seramai 58 pasangan Melayu/Islam yang juga tidak mahu melepaskan peluang mendirikan rumah tangga pada tanggal 22 Februari 2022 - lebih dikenali sebagai 22/2/22 atau ‘Twosday’.





Ia merupakan tarikh istimewa yang hadir hanya sekali dalam seumur hidup seseorang.

Antara pasangan Melayu/Islam yang selamat diijabkabulkan petang Selasa di Masjid Assyakirin, adalah Encik Khairil Sapuan, dan isterinya, Cik Faridah Mohd.





Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Khairil berkata mereka memilih tarikh itu kerana keunikannya.

“Kami sebenarnya merancang untuk bernikah bulan depan, namun mengambil keputusan untuk mengubah tarikh apabila sedar tentang tarikh 22/2/22 ini.

“Alhamdulillah, walaupun keputusan ini dibuat pada Disember lalu, kedua-dua keluarga kami bersetuju untuk mempercepatkan majlis kami,” ujar beliau.





Encik Khairil, 29 tahun, dan Cik Fairdah, 33 tahun, merupakan salah satu daripada lima pasangan yang dinikahkan oleh naib kadi, Ustaz Azzahir Ariffin.





Ustaz Azzahir berpendapat bahawa pasangan yang memilih tarikh ini adalah kerana tarikh yang unik dan mudah untuk diingat sepanjang hidup mereka.





“Dan saya lihat, mereka inginkan tarikh ini kerana seolah-olah mereka memulakan sejarah hidup baru mereka dengan tarikh yang unik ini.





“Walaupun tarikh itu jatuh pada hari biasa bukan hujung minggu, itu tidak menghalang pasangan-pasangan untuk terus melaksanakan majlis ijab kabul ini kerana ianya akan tercatat pernikahan mereka,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >