Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek Wolbachia bagi perangi denggi diperluas ke 1,400 flat

Jun 16, 2022 | 05:30 AM



PROJEK Wolbachia, yang merupakan antara usaha untuk memerangi denggi, akan diperluas kepada 1,400 lagi blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mulai bulan depan, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.



Ini bermakna projek itu, yang kini aktif di 1,800 blok HDB, akan melibatkan lebih 300,000 flat berbanding 160,000 flat yang terlibat sekarang.



Ini juga bermakna projek itu akan melibatkan sekitar 31 peratus blok HDB di Singapura.



Pengumuman memperluas projek itu dibuat di tengah-tengah keprihatinan bahawa bilangan jangkitan denggi di sini akan terus meningkat.



Cik Fu berkata jumlah kes mingguan mungkin mencecah lebih 2,000 kes tidak lama lagi.



Beliau berkata demikian semasa berucap di Sidang Puncak Denggi Asia kelima anjuran kumpulan Suara dan Tindakan Denggi Asia di Hotel Orchard dari Isnin hingga semalam.



Ini merupakan kali pertama Singapura menjadi tuan rumah bagi sidang puncak itu.



Sidang puncak tersebut dihadiri lebih 200 klinisian, pengkaji, pemimpin kesihatan awam pemerintah dan penggubal dasar dari Asia yang berkumpul untuk membincangkan strategi pengurusan denggi bagi rantau ini.



LAPORAN SELANJUTNYA: Kes denggi dijangka naik. projek Wolbachia diperluas




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >