Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Raih kepuasan bimbing pelajar dalam tahanan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Raih kepuasan bimbing pelajar dalam tahanan

Jan 22, 2022 | 05:30 AM

Hampir semua tahanan yang menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' tahun lalu - iaitu 56 daripada 58 pelajar di penjara - layak melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat posmenengah. Ini merupakan tahun kedua, Sekolah Penjara beroperasi di bawah langkah pengurusan selamat Covid-19 dengan hampir separuh kelas sepanjang tahun lalu diadakan secara maya. BERITA HARIAN menemui seorang pelajar dalam tahanan serta seorang guru yang baru menukar tempat kerja daripada mengajar di sekolah pemerintah ke sekolah penjara tahun lalu, untuk mengetahui keputusan mereka serta cabaran yang mereka lalui di penjara.

SELEPAS 18 tahun berkhidmat di sekolah pemerintah, Cik Nor Aishah Mohamed Salleh, mengambil keputusan beberapa tahun lalu untuk mengajar pelajar yang menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' dan 'A' di dalam penjara.

Menurut guru sains mata pelajaran biologi di Institusi Tanah Merah 1 (TM1) itu, beliau mendapat inspirasi untuk menyumbang kepada perkembangan pelajar dalam tahanan selepas satu pengalaman yang membabitkan pelajar yang dihantar ke rumah tumpangan ekoran kenakalan.

Namun ibu tiga anak itu berkata, cabaran menjadi guru di penjara tidak pula berpunca daripada sikap atau tingkah laku tahanan yang dianggap sukar dikawal sebagaimana beliau menjangkakan sebelum ini.

"Sebaliknya, cabarannya adalah, bagaimana untuk mengajar kelas yang merangkumi pelajar berusia semuda 16 tahun hingga mereka yang lebih tua daripadanya dengan usia mencecah 50-an tahun?" kata Cik Nor Aishah, 43 tahun, dengan ringkas.

Bekas guru Sekolah Menengah Unity itu berkata, begitulah cabarannya bagi guru di penjara, dan beliau turut perlu merancangkan kelas-kelas agar ia disesuaikan mengikut keperluan golongan pelajar sedemikian.

Bahkan, tahun lalu merupakan tahun pertama beliau mengajar di penjara ketika negara masih terus bergelut dengan pandemik Covid19.

"Jadi ia sukar untuk kami memantau pelajar kami dengan kerap memandangkan kami harus bekerja mengikut jadual selang-seli dan terpisah agar tidak berinteraksi dengan guru lain," kata Cik Nor Aishah.

Beliau memutuskan untuk menjadi guru bagi tahanan menyusuli pengalaman di Sekolah Menengah Unity.

Ketika itu, seorang pelajar dihantar ke rumah tumpangan akibat sikapnya yang di luar kawalan ibu bapa.

"Sepanjang proses itu, sebagai guru kelas, saya pula harus mengambil tahu tentang keadaannya di sana, mengambil berat tentang perubahan kepada dirinya selain pelajarannya.

"Apabila saya lihat ada perubahan besar dari segi perwatakannya sejak dimasukkan ke rumah tumpangan, saya mula rasa prihatin terhadap golongan ini dan ia membuka hati saya kepada keinginan untuk mengajar di penjara," kata Cik Nor Aishah.

Berbanding sekolah biasa, yang bermula pada sekitar 7 pagi hingga tengah hari dan kemudian perlu meneruskan tugas hingga petang, sekolah di TM1 beroperasi dari 8 pagi hingga 3.30 petang, lima hari seminggu.

Kurikulum pembelajaran di sekolah amat ringkas agar tahanan dapat menyelesaikan kursus sebelum tamat hukuman mereka.

Menurut Cik Nor Aishah, masa selepas sekolah sering digunakan bagi merancang kelas pada esok hari.

Biarpun perlu mengharungi semua cabaran berkenaan, Cik Nor Aishah berkata, pekerjaannya sekarang membuatnya rasa puas hati.

Baru-baru ini, hampir semua pelajar tahanan yang menduduki GCE peringkat 'O' tahun lalu layak melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat posmenengah.

Namun, menurut Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), bilangan tahanan yang lulus sekurang-kurangnya tiga dan lima subjek kian merosot sejak 2019.

"Bagi saya, perkara ini tidak semestinya disebabkan pandemik atau aturan pelajaran virtual. Apabila kami lihat keputusan mereka, kami juga harus menimbangkan bahawa latar belakang setiap golongan pelajar tahun demi tahun, serta umur mereka amat berbeza sekali," jelas Cik Nor Aishah sambil mendedahkan hampir separuh kelas sepanjang tahun lalu diadakan secara maya.

Beliau juga menambah, pada tempoh menjelang peperiksaan, para guru di penjara telah mempertingkat usaha membantu tahanan mengulangkaji pelajaran mereka.

"Ada antara pelajar kami yang pernah melanjutkan pelajaran mereka sebelum ini dan ada yang tidak, maka terdapat perbezaan besar antara setiap golongan pelajar," ujar Cik Nor Aishah lagi.

"Namun tidak kira keputusan mereka, keinginan mereka untuk sambung semula pelajaran itu merupakan satu kejayaan tersendiri dan saya yakin setiap pelajar di sini telah melakukan yang terbaik untuk diri mereka."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3