Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Salur rasa geram, marah kepada perkara positif

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Salur rasa geram, marah kepada perkara positif

Jan 01, 2022 | 05:30 AM

RASA geram dan marah selalunya dikaitkan dengan perkara yang negatif.

Namun, bagi Cik Shahrany Hassan, perasaan itu yang tercetus apabila membincangkan isu yang dihadapi masyarakat, disalurkan ke arah sesuatu yang positif.

Perasaan itu mendorongnya untuk mengambil tindakan dan melibatkan diri dalam pelbagai bidang kerja masyarakat, daripada memupuk jalinan antara kaum hingga memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak.

"Mendengar orang lain bercakap tentang masalah dan rasa tidak berdaya melakukan apa-apa, inilah yang menjadi faktor pendorong terbesar bagi kerja masyarakat yang saya lakukan.

"Ini selalunya dicetus daripada perbincangan. Dan saya mula memikirkan apa yang boleh saya lakukan. Itulah bagaimana kempen yang saya jalankan selalunya bermula," kata Cik Shahrany, 46 tahun.

Contohnya, rasa marah dan sedih melihat nasib mangsa serangan perkauman sebelum ini menjadi perangsang Cik Shahrany memupuk persefahaman antara kaum di sini.

Beliau terlibat dengan penubuhan wadah Ask Me Anything (AMA), yang diasaskan pada 2017 untuk menyemai keharmonian kaum menerusi dialog dan acara silang kaum dan agama.

Sejak Jun lalu, beliau juga telah dilantik sebagai pengerusi Casa Raudha, sebuah rumah tumpangan wanita; dan merupakan pengarah dan pengasas The Whitehatters, sebuah pertubuhan bukan pemerintah (NGO) yang memberi tumpuan pada pembangunan masyarakat dan aktivisme.

Ditanya bagaimana kerja dalam masyarakat itu telah membentuknya, Cik Shahrany berkata pengalaman itu telah membantunya untuk menjadi lebih penyabar dan bersikap lebih memahami.

"Bagi Casa Raudha, saya telah mendengar tentang kisah pemandiri (survivor) keganasan domestik. Saya selalu kagum dengan kekuatan dan keazaman mereka dalam membuat keputusan sukar dalam situasi yang cukup mencabar.

"Bagi The Whitehatters, saya mendengar peserta berkongsi kisah mereka mengenai cabaran dengan kepercayaan mereka atau pengalaman mereka menghadapi atau menyaksikan perkauman dan diskriminasi," kata Cik Shahrany.

Sedang pandemik Covid-19 telah menjejas kerja masyarakatnya, ia juga telah medorongnya untuk menyemak cara operasi, memberi tumpuan semula kepada apa yang penting, dan bekerjasama dengan pihak lain untuk memberi kesan lebih mendalam.

Acara seperti siri AMA memerlukan pendekatan secara fizikal dan lebih peribadi, termasuk perbincangan secara berkumpulan mengenai kepercayaan dan amalan agama, serta perkongsian pengalaman peribadi yang berkaitan dengan kepercayaan masing-masing.

Mengongsi rancangan untuk meneruskan usaha tersebut pada 2022, Cik Shahrany berkata satu acara bulanan akan diadakan untuk memaparkan pelbagai kumpulan kepercayaan dalam usaha untuk terus meningkatkan kefahaman antara pelbagai agama di sini.

Cik Shahrany merupakan bekas pelajar Sekolah Perempuan Tanjong Katong (TKGS) dan siswazah pengajian perhubungan Universiti Simon Fraser di Canada.

Selepas lebih sedekad dalam sektor swasta, beliau menyertai Mahkamah Negara sebagai Penolong Pengarah dan kemudian berpindah ke Persatuan Guaman Singapura untuk menjadi pengarah.

Pada 2013, beliau meninggalkan kerjaya tersebut untuk menceburi bidang niaga.

Sebagai ibu dua anak berusia 18 tahun dan 16 tahun, Cik Shahrany berkata anak-anaknya itulah yang menjadi inspirasi kepadanya.

"Mereka sebab utama di sebalik apa yang saya lakukan.

"Saya mungkin tidak dapat mengubah dunia. Tetapi saya boleh memulakan perbincangan yang boleh membawa kepada perubahan itu.

"Saya ingin menjadikan dunia tempat lebih baik untuk diwarisia anak-anak say agar di penghujung hayat nanti, saya boleh katakan saya telah berusaha untuk melakukannya," ujar beliau.


"Mendengar orang lain bercakap tentang masalah dan rasa tidak berdaya melakukan apa-apa, inilah yang menjadi faktor pendorong terbesar bagi kerja masyarakat yang saya lakukan. Ini selalunya dicetus daripada perbincangan. Dan saya mula memikirkan apa yang boleh saya lakukan. Itulah bagaimana kempen yang saya jalankan selalunya bermula.''
- Pengerusi Casa Raudha, sebuah rumah tumpangan wanita. Beliau juga pengarah dan pengasas The Whitehatters, sebuah pertubuhan bukan pemerintah (NGO) yang memberi tumpuan pada pembangunan masyarakat dan aktivisme.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3