Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semarak Hari Kebangsaan di kejiranan

Aug 06, 2022 | 08:42 PM



RIBUAN warga Singapura dan penduduk setempat datang dengan penuh semangat membanjiri karnival di empat kawasan kejiranan hari ini (6 Ogos) sebagai meraikan sambutan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-57 yang jatuh Selasa ini (9 Ogos).



Ada yang tiba seawal 2 petang lagi – sedang program bermula pada 4 petang – untuk turut serta dalam pelbagai acara yang diadakan.



Kunjungan Berita Minggu ke karnival yang berlangsung di Taman Bishan-Ang Mo Kio menyaksikan penduduk tidak melepaskan peluang bersama Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong untuk bersesi gambar bersama-sama.



Bagi dua sukarelawan untuk karnival ini, Encik Muhammad Aiman Nabil, pelajar di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central dan Cik Nur Izzah Zulkifli, ITE Kolej East dan kedua-dua berusia 18 tahun, mereka teruja memastikan sambutan Hari Kebangsaan dinikmati ramai.



“Walaupun saya sibuk dengan tugasan sekolah, saya ingin menunjukkan penghargaan saya terhadap Singapura yang tidak berbanding dengan kepenatan saya.” dedah Encik Aiman.



Bagi seorang pengunjung, Cik Mazuin Khamis, 40 tahun, meraikan Hari Kebangsaan adalah tradisi sekeluarga.



“Tidak kira kami menyambut di rumah atau di luar. Ini adalah tradisi yang kami akan terus adakan bagi anak saudara saya juga,” ujarnya.



Selain aktiviti untuk kanak-kanak, terdapat juga pertunjukan seperti aksi payung terjun Red Lions.



Esok (7 Ogos), orang ramai boleh mengunjungi karnival di Wisma Geylang Serai (WGS).



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >