Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan bagi asatizah kini lebih meluas, tersusun

Timbalan Mufti: Usaha berterusan bangun kumpulan asatizah yang cekap, bersedia untuk masa hadapan akan sentiasa diberi perhatian
Jan 09, 2022 | 05:30 AM



STRUKTUR sokongan untuk asatizah kini lebih meluas serta tersusun dan usaha berterusan untuk membangunkan kumpulan asatizah yang cekap serta bersedia untuk masa hadapan akan sentiasa diberi perhatian.



Berbanding dahulu, kumpulan asatizah generasi terkini banyak diberi peluang untuk mengembangkan bakat, kemahiran serta pengetahuan baharu yang boleh membantu mereka menghadapi pelbagai cabaran kontemporari yang rumit.



Timbalan Mufti Singapura, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan dalam interviu bersama Berita Minggu baru-baru ini berkata pembangunan asatizah yang bertujuan membangunkan para asatizah untuk menjadi pemimpin agama akan terus kekal.



Malah menurutnya program pembangunan asatizah dalam bidang bukan tradisional di luar ukhrawi seperti sektor kerja kemasyarakatan, kaunseling, penelitian dan kajian, kewangan akan terus ditambah baiki.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) katanya akan terus mengukuhkan menerusi program-program latihan dan Sijil Possiswazah Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) serta Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) 2.0 yang telah dibaiki untuk meningkatkan kemahiran asatizah.



"Peranan bimbingan agama untuk masyarakat di kalangan asatizah akan terus kekal dari dahulu hingga untuk masa akan datang.



"Mereka akan terlatih dalam bidang tradisi ilmu agama dan kontekstualisasi. Dari segi kandungannya, bimbingan agama terus diperbaiki kerana kita akan sentiasa menghadapi cabaran baru,'' ujar Ustaz Dr Hannan.



Jika dahulu asatizah berkemahiran mengajar dalam kelas secara verbatim, kini katanya, kemahiran online, digital dengan daya kreatif diperlukan untuk menyebarkan ajaran Islam.



Ustaz Dr Hannan yang juga Pengerusi Panel CPE, Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) dan juga Naib Dekan Akademi Muis berkata:



"Apabila pandemik Covid-19 melanda, ia menjadi bukti jelas bagaimana asatizah perlu berdaya tahan dan perlu menyesuaikan diri dengan pantas.



"Dalam pembangunan asatizah ini, perlu juga ada reformasi bukan sahaja dari segi pemikiran agama tetapi juga perlu fikirkan penyelesaian seperti kehadiran Covid-19.



"Dahulu ini tidak berlaku. Tetapi dengan situasi baru, pemikiran agama yang baru menjadi satu cabaran baru bagi asatizah.''



Oleh itu katanya beberapa peningkatan serta perubahan menjadi satu keperluan.



Ini bukan sahaja untuk meningkatkan keupayaan para asatizah tempatan tetapi juga disebabkan peranan mereka yang kian berubah.



"Asatizah terus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan kepada masyarakat dalam perkara yang berkaitan dengan agama.



"Mereka dilihat sebagai pemimpin-pemimpin masyarakat Islam.



"Sebagai pemimpin agama, asatizah harus membawa masyarakat kepada pengamalan serta penghayatan agama yang sesuai dengan konteks dan keadaan semasa," kata Ustaz Dr Hannan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >