Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SportSG akan kendali Hab Sukan Singapura mulai 9 Disember ini

Jun 10, 2022 | 04:21 PM



AGENSI sukan negara, Sport Singapore (SportSg), akan mengambil alih pemilikan dan pengurusan Hab Sukan Singapura mulai 9 Disember ini.



Pengambilalihan tersebut dilaksanakan hanya lapan tahun selepas hab itu selesai dibina di bawah Perkongsian Awam-Swasta (PPP), yang asalnya dijangka berlangsung sehingga 2035. 



Mengumumkan langkah itu pada Jumaat (10 Jun), SportSG berkata ia telah mencapai persetujuan bersama dengan SportHub Pte Ltd (SHPL), entiti swasta yang mengendalikan Hub Sukan buat masa ini, dan proses penyerahan itu sudah bermula.



Perjanjian itu ditamatkan oleh SportSG.



Di bawah PPP yang ditandatangani SportSG dan SHPL pada 2010, SHPL akan mereka bentuk, membina, membiayai dan mengendalikan Hab Sukan selama tempoh 25 tahun dan SportSG akan membuat pembayaran tahunan kepada SHPL hingga tamat tempoh kontrak.



SHPL adalah sebuah konsortium yang merangkumi InfraRed Capital Partners, Cushman & Wakefield dan Spectra. 



Bayaran itu bernilai $197.3 juta setiap tahun.



SportSG menambah bahawa tiada penalti yang dikenakan kerana syarat pada perjanjian membenarkan agensi itu untuk memutuskan sama ada ia mahu menamatkan projek itu dan bila mereka ingin menamatkannya.



Pengerusi SportSG Kon Yin Tong, dalam satu sidang media di pejabat SportSG petang ini, berkata langkah itu diambil untuk memperluaskan potensi penuh Hab Sukan dan memenuhi keperluan masa akan datang sukan di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >