Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tangani isu dengan teliti, ambil kira keharmonian masyarakat: Mufti

Sentuh pelbagai topik dan cabaran termasuk evolusi masyarakat SG
Aug 11, 2022 | 05:30 AM



ISU-ISU masyarakat yang timbul dan menjadi keprihatinan perlu dibincang dengan teliti dan masyarakat perlu melihat dengan pandangan yang matang, kata Mufti Dr Nazirudin Nasir.



Dalam berbuat demikian, ia harus mengambil kira keperluan memelihara kelestarian dan keharmonian masyarakat serta menghormati adanya perbezaan pandangan.



Dr Nazirudin berkata demikian semasa bercakap tentang evolusi sosial di Singapura dalam satu wawancara di rancangan Detik Personaliti yang disiarkan di saluran Suria semalam.



Dalam wawancara itu, Mufti menyentuh pelbagai topik yang beliau dan kepimpinan asatizah hadapi, termasuk dalam menangani Covid-19, kepelbagaian gaya kehidupan golongan lesbian, gay, biseksual, transgender, queer (LGBTQ), pengalaman menggunakan teknologi untuk mendekati masyarakat dan kelebihan cara Islam diamalkan di Singapura berbanding di negara-negara sekular lain.



Dr Nazirudin berkata terdapat asas agama yang tidak boleh dikompromi dan Islam tidak membenarkan perbuatan seperti amalan seksual dalam LGBTQ.



Namun, masyarakat harus memikirkan bagaimana untuk mempertimbang peranan mereka dalam evolusi sosial ini.



Memetik contoh isu LGBTQ, beliau berkata apa yang menjadi cabaran adalah apabila seseorang Muslim itu sendiri... akur memang sesuatu itu tidak dibenarkan agama tetapi mereka ada keinginan dan ini kerana pelbagai sebab.



"Jadi bagaimana peranan kita sebagai masyarakat walaupun kita tahu dalam agama tidak membenarkan sesuatu perbuatan seperti amalan seksual dalam LGBTQ.



"Ini perlu kepada lonjatan paradigma dari segi menganalisis sesuatu masalah dan pada akhirnya membuat penyesuaian dalam pendekatan kita," ujar Dr Nazirudin.



Topik LGBTQ, termasuk sokongan dan tentangan bagi memansuhkan Seksyen 377A dalam Kanun Jenayah - yang menyifatkan seks sejenis antara lelaki sebagai satu jenayah - sedang diperbualkan di sini pada masa ini.



Bulan lalu, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata pemerintah sedang menangani dua soalan; pertama, apa yang perlu dilakukan kepada Seksyen 377A; dan kedua, cara mempertahan kedudukan perkahwinan yang sah dari segi undang-undang, agar ia tidak dicabar sepertimana berlaku bagi Seksyen 377A dalam beberapa siri kes yang berlaku.



Dr Nazirudin melahirkan harapan pengalaman yang dilalui masyarakat semasa pandemik Covid-19 dan cara ia menangani isu lain bersama sebelum ini dapat membantu masyarakat turut yakin dengan pendekatan yang diambil mengenai evolusi sosial berhubung kumpulan LGBTQ.



"Kita tahu yang kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita dengan baik tetapi pada akhirnya, kita tidak dapat mengawal hasil yang mungkin kita inginkan tetapi sekurang-kurangnya terus membimbing dan memandu masyarakat, insya-Allah," ujarnya.



Dalam pada itu, Dr Nazirudin turut berkongsi tentang pengalamannya menghadapi Covid-19 - cabaran pertama beliau sebagai Mufti Singapura selepas mengambil alih tanggungjawab daripada mantan Mufti, Dr Mohamed Fatris Bakaram, pada 1 Mac 2020.



Berkongsi sedikit pendekatannya dalam menangani cabaran tersebut, Dr Nazirudin berkata beliau menjadikan pedoman dan sandaran apa yang diajarkan oleh agama, dari segi prinsip dan nilainya.



"Pandemik ini... ia sebagai reset... ia menyentak kehidupan kita dan melontarkan soalan-soalan yang sangat asas dalam kehidupan ini - apakah keutamaan anda (dalam) kehidupan?



"Dan di antara pengajaran yang saya dapat... adalah betapa berharga dan bernilainya hubungan sesama manusia ini, khususnya dengan masyarakat," kata Dr Nazirudin.




Laporan lanjut: Tanggungjawab agama diutama, namun perlu imbangi aspek lain: Mufti 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >