Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tanggungjawab agama diutama, namun perlu imbangi aspek lain: Mufti

Akui harus terbuka terima maklum balas bagi perbaiki keadaan
Aug 11, 2022 | 05:30 AM



SEDANG tanggungjawab terhadap agama dan Tuhan adalah yang paling utama, Mufti dan kepimpinan keagamaan mesti sentiasa mengimbangi pelbagai aspek peranan yang mereka pikul, kata Mufti, Dr Nazirudin Mohd Nasir.



Ini termasuk amanah dan tanggungjawab terhadap masyarakat dan kepimpinan negara, katanya dalam satu wawancara.



"Mufti dan kepimpinan keagamaan perlu terus mengimbangi pelbagai aspek ini. Proses mengimbangi itu adalah sesuatu yang amat kompleks dan halus sekali yang perlu ditangani dengan baik dan cermat. Dan itu yang sering kali menimbulkan kadangkala salah faham," kata Dr Nazirudin.



Dalam menghadapi salah faham, seperti isu tarikh Hari Raya menjelang Syawal lalu, Dr Nazirudin berpegang kepada prinsip peribadinya iaitu untuk berani dan yakin mempertahankan keputusan yang dibuat setelah berusaha sedaya upaya membuat keputusan itu.



"Satu prinsip peribadi saya adalah, kalau saya yakin bahawa saya telah melakukan yang terbaik dan telah berusaha sedaya upaya untuk mencari ataupun membuat sesuatu keputusan, setelah berkonsultasi dengan para asatizah dengan teman-teman di pejabat Mufti di Muis (Majlis Ugama Islam Singapura) dan sebagainya, saya perlu berani dan yakin untuk mempertahankan keputusan tersebut," kata Dr Nazirudin.



Beliau menambah, dalam tugasan penentuan Syawal, seperti tugasan-tugasan kepimpinan lain, beliau perlu bersedia untuk menerima (maklum balas) agar dapat bertambah baik.



"Kalau kita tidak bersedia, kita tidak akan bertambah baik dalam tugasan kita. Cuma sebagai manusia, kita ada emosi dan sebagainya jadi bahasa memainkan peranan," tambahnya.



Dr Nazirudin berkata demikian dalam program Detik Personaliti yang disiarkan di saluran Suria malam tadi.



Mengulas mengenai cabaran menjadi pemimpin dalam dunia yang padat maklumat dan penggunaan media sosial ini, Dr Nazirudin berkata semua bentuk kepimpinan menghadapi cabaran serupa iaitu mereka perlu bersedia untuk diperhatikan orang ramai.



"Setiap perkataan yang disebut, setiap pandangan yang diberikan, keputusan yang dibuat akan dianalisis, akan diselidiki. Kemudian kadang-kadang dibesar-besarkan," katanya.



Merujuk kepada pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Singapura dan keputusan sukar yang perlu diambil bagi membendung penularan virus itu seperti menutup masjid pada peringkat awal, Dr Nazirudin berkata pada waktu itu, beliau turut khuatir tentang bagaimana pandemik itu boleh menjejas kesihatan masyarakat dan keluarga, serta keselamatan awam.



"Pada waktu itu kita rasa... keutamaan yang paling penting adalah untuk memelihara nyawa.



"Dan sebagai seorang Mufti yang baru, itu keputusan yang pertama untuk menutup masjid secara intuitifnya saya rasa mungkin sesuatu yang tak boleh digambarkan," kata Dr Nazirudin yang pada waktu itu baru menyandang jawatan Mufti sekitar sebulan sebelum pemutus rantaian jangkitan dilaksanakan.



Walaupun perlu membuat keputusan sukar demi kebaikan orang ramai, beliau tetap melihat pandemik Covid-19 sebagai satu ujian yang mengandungi banyak hikmah.



"(Ia ) sebagai suatu peluang untuk kita melangkah ke hadapan dengan lebih jauh lagi dengan cara kita melihat keutamaan dalam kehidupan," tambah beliau.




TANGANI KRITIKAN ORANG RAMAI

"Satu prinsip peribadi saya adalah, kalau saya yakin bahawa saya telah melakukan yang terbaik dan telah berusaha sedaya upaya untuk mencari ataupun membuat sesuatu keputusan, setelah berkonsultasi dengan para asatizah dengan teman-teman di pejabat Mufti di Muis (Majlis Ugama Islam Singapura) dan sebagainya, saya perlu berani dan yakin untuk mempertahankan keputusan tersebut."



KEBEBASAN AMALKAN AGAMA DALAM KONTEKS KEHIDUPAN SETEMPAT

"Walaupun kita (masyarakat) minoriti, (hidup di) negara majmuk dengan pelbagai bangsa dan agama, serta merupakan negara pemerintahan sekular, tetapi agama diberikan suatu penghormatan dan juga kebebasan untuk membuat keputusan masing-masing dalam konteks kehidupan kita. Ini suatu keistimewaan yang kita harus pelihara."



ASATIZAH BERGIAT RANCAK DI WADAH DALAM TALIAN

"Ramai asatizah telah mula bergiat dengan rancak dalam wadah dalam talian di Instagram, TikTok, Facebook, YouTube dan sebagainya.

Apabila kita bekerjasama dengan mereka, Alhamdulillah mereka juga menyampaikan panduan yang baik kepada masyarakat dan insya-Allah ini adalah satu trend yang positif yang kita mahu terus bina supaya mereka terus menjadi sandaran bagi masyarakat kita."

- Mufti, Dr Nazirudin Mohd Nasir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >