Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha dekati, isi keperluan rohani golongan muda

Masjid, penyedia khidmat pendidikan agama telah buat penyesuaian wadah semasa pandemik
Jan 23, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) menerusi masjid, serta badan-badan lain yang menyedia khidmat pendidikan agama, antaranya Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dan Persatuan Muhammadiyah, telah mempertingkatkan usaha menarik minat dan mengisi keperluan rohani golongan muda menerusi kelas dan sesi sembang mesra remaja.



Ini dilakukan sedang masyarakat menyesuai-kan diri dengan norma baru sesuai dengan lang-kah-langkah keselamatan yang turut menjejas masjid dan madrasah sepanjang era pandemik Covid-19 ini.



Kegiatan dan kelas secara fizikal pula mula dibuka secara terkawal sejak beberapa kelonggaran dibenarkan sejauh ini.



Malah, sesi yang dikendalikan oleh penyedia khidmat yang memberi fokus kepada golongan muda menyatakan bahawa sambutan memberangsangkan.



Ini termasuk program pendidikan kerohanian seperti yang disesiakan Forum Belia Islam (MYF), dan Liyana Musrifah Network (LMN).



Kelas yang dikendalikan badan seperti Pergas, Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri, dan Persatuan Muhammadiyah juga menampakkan penyertaan yang sihat, menurut mereka.



Beberapa masjid yang dihubungi Berita Minggu (BM) berkata banyak kegiatan untuk golongan belia di masjid telah melalui banyak penyesuaian dalam memastikan golongan muda terus didekati.



Masjid En-Naeem, di Hougang, misalnya, menggunakan media sosial seperti Instagram dan klip video pendek untuk mendekati golongan muda.



Ustaz Muhammad Khairani Basiran, Ketua Komunikasi Strategik Jalinan Masyarakat Masjid En-Naeem memberitahu BM:



"Banyak pendekatan kami semenjak pandemik dilakukan secara dalam talian, dengan video ringkas yang memuatkan maklumat dan penerangan Islamik melalui wadah yang diminati golongan muda.



"Kami juga mempunyai barisan asatizah yang muda dan daripada pelbagai latar belakang untuk menarik mereka."



Melakarkan program belia juga mengorak peluang untuk mereka menyumbang kembali kepada masyarakat dan melibatkan peranan belia dalam dialog silang agama, terutama sekali dalam konteks kehidupan di Singapura, kata Eksekutif Kanan Kepimpinan Agama di Pergas, Ustaz Muhammad Shibly Saptu.



"Belia kini lebih terdedah kepada pelbagai jenis kandungan dan maklumat, dan kita perlu dekati dan bimbing mereka untuk menghadapi isu-isu tersebut.



"Antaranya termasuk isu sosial, LGBTQ+, gaya hidup dan juga ideologi," kata Ustaz Muhammad Shibly.



Muis, baru-baru ini, berkata pendidikan Islam hujung minggu aLIVE yang ditawarkan kepada kanak-kanak dan remaja berusia antara lima dengan 20 tahun yang ditawarkan di 37 madrasah masjid setempat dan akan disatukan di bawah Pejabat Pengurusan dan Hab Pembelajaran Islam (Ilham) dalam beberapa tahun akan datang.



Mulai tahun ini, Ilham akan menguruskan 15 pusat di serata negara dengan 562 kelas dan hampir 10,000 pelajar dan tenaga pengajar lebih 200 asatizah.



Bilangan pelajar yang mendaftar bagi program aLIVE di 15 pusat itu juga meningkat, dengan 89 peratus tempat kini telah diisi.



Penyedia khidmat daripada golongan asatizah pula berkata program mereka telah menarik golongan remaja yang mencari sekitaran selamat tanpa mengira tahap pengetahuan atau amalan mereka serta membincangkan isu kontemporari yang dihadapi.



Pengarah eksekutif LMN, Ustazah Liyana Musfirah Anwar memberitahu, lebih 50 program telah dianjurkan tahun lalu - termasuk bengkel dan webinar - dengan hampir 17,000 peserta secara keseluruhan berbanding sekitar 1,500 peserta pada 2018.



Laporan lanjut:



Pelbagai program mesra orang muda diadakan masjid setempat



Khidmat tukikan jaya semarak minat remaja dalami Islam



Program aLIVE bina asas bagi golongan 5-20 tahun



Tarik belia ke masjid: Bukan sekadar 'tech savvy', wujudkan ukhuwah, rasa selesa




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >