Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga SG mengaku salah bunuh isteri pada hari ke-5 perbicaraan

Aug 11, 2022 | 05:30 AM



NEWCASTLE (England): Warga Singapura yang dituduh melemaskan isterinya menggunakan bantal telah menukar pengakuannya kepada bersalah pada hari kelima perbicaraan kesnya, dalam satu sesi mahkamah di Britain yang berakhir dalam masa kurang setengah jam.



Setelah berbincang dengan peguamnya pada pagi kelmarin, Fong Soong Hert, 51 tahun, mengaku membunuh Cik Pek Ying Ling, isterinya selama 28 tahun, tahun lalu, lapor The Straits Times.



Perbicaraan di Mahkamah Newcastle Crown telah ditangguhkan selama satu setengah jam sedang Fong bertemu peguamnya, dengan prosiding pada asalnya sepatutnya bermula pada 10.30 pagi waktu tempatan.



Peguam kemudiannya bertemu sebentar dengan hakim di bilik mahkamah.



Setelah panel juri dibawa masuk, hakim membuka sesi hari itu dengan memaklumkan perubahan pengakuan Fong.



Sabitan itu membawa hukuman penjara seumur hidup.



Fong akan hadir semula di mahkamah pada Jumaat bagi hukuman dijatuhkan untuk menentukan tempoh minimum yang mesti dihabiskannya di penjara.



Hakim Paul Sloan memberitahu juri bahawa keputusan Fong untuk menukar pengakuan dibuat selepas pihak pembelaan berunding lanjut dengan saksi pakar dan menyemak bukti.



Mereka menyimpulkan bahawa pembelaan "tanggungjawab yang berkurangan" yang diperlukan untuk mengurangkan pertuduhan kepada pembunuhan adalah tidak mampan dan menasihatkan Fong sewajarnya, katanya.



"Adalah diterima bahawa defendan bersalah kerana membunuh dan itulah sebabnya pagi ini dia telah mengemukakan pengakuan itu di hadapan anda," ujar beliau.



Hakim Sloan kemudian mengarahkan juri untuk mengembalikan keputusan bersalah secara rasmi.



Selama lima hari, pihak pendakwaan dan pembelaan menyoal Fong dan anaknya Alonzo, serta ahli patologi dan pegawai polis.



Berikutan rayuan bapa mereka, tiga anak pasangan itu mengeluarkan kenyataan bersama, yang menyatakan:



"Kami sedih setelah kehilangan ibu kami, tetapi sekarang, kami hanya mahu memberikan ayah kami sokongan yang beliau perlukan."



Menganggap kes tersebut sebagai "sangat tragik", pegawai penyiasat kanan, Ketua Detektif Inspektor Matt Steel memuji anak-anak pasangan itu atas "ketenangan dan penglibatan mereka dengan polis sepanjang tempoh yang amat sukar dalam hidup mereka", sambil menambah polis akan menyokong mereka dalam apa cara sekalipun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >