Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zulfikar didakwa buat kenyataan palsu semasa mohon pasport S'pura, tidak isytihar kerakyatan Australia

Oct 08, 2020 | 01:10 PM



ZULFIKAR Mohamad Shariff, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam kegiatan berkaitan pengganasan pada 2016, didakwa di mahkamah hari ini (8 Oktober).



Dia menghadapi tuduhan membuat kenyataan palsu dalam Sistem Permohonan Bagi Pasport Elektronik Dalam Talian berhubung satu permohonan bagi pasport Singapura.


Menurut kertas pertuduhan, dia didakwa mengisytiharkan bahawa dia tidak memperoleh kerakyatan negara lain semasa membuat permohonan itu meskipun dia tahu ini tidak benar.



Kertas pertuduhan itu menyatakan Zulfikar merupakan warga Australia.



Zulfikar, 49 tahun, telah tinggal di Australia selama 14 tahun sebelum ditangkap dan ditahan pihak berkuasa semasa dia pulang ke Singapura.


Dia ditahan di bawah ISA pada 2016 kerana giat menyebarkan ideologi radikal dalam media sosial sehingga meradikalkan sekurang-kurangnya dua warga yang lain.



Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) sebelum ini, Zulfikar menyokong kumpulan pengganas ISIS dan telah mendorong Muslim agar melakukan jihad bersenjata di luar negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >