Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Barca bergelut isu kewangan, belum daftar pemain jelang musim baru

Aug 11, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Barcelona masih belum mendaftar sebarang pemain baru menjelang perlawanan pembuka tirai musim La Liga Sepanyol pada hujung minggu ini, apabila ia dijadual bertemu Rayo Vallecano.



Kelab itu sedang bergelut mengatasi beberapa isu kewangan serius, yang harus dihuraikan bagi memenuhi syarat kewangan ketat yang dikenakan.



Ini bermakna, kelab Catalan itu terpaksa menggadaikan pendapatan yang dijangka di masa depan untuk mematuhi syarat dan mendaftar pemain baru.



Ini termasuk penyerang Robert Lewandowski dan pemain barisan depan Rapinha.



Selain Lewandowski dari Poland dan Rapinha dari Brazil, Barcelona juga telah memperoleh pemain pertahanan Jules Kounde dan Andreas Christensen, serta pemain midfield Franck Kessie.



Difahami pada masa ini, Barcelona masih belum menepati kesemua syarat yang dikenakan La Liga dan sedang berusaha untuk menyediakan satu cabang perniagaan - Barca Studios - sebagai cagaran untuk mematuhi syarat-syarat tersebut.



Dalam pada itu, pemain pertahanan, Gerard Pique, dilaporkan telah dipotong gaji, sesuatu yang dilakukannya secara sukarela.



La Liga berkata perubahan sedemikian akan membolehkan Barcelona mendaftar pemain baru. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >