Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak wanita: S’pura tewas 0-4 kepada Hong Kong

Jun 23, 2022 | 10:14 PM



PASUKAN wanita Singa tumpas 0-4 dalam aksi pertama daripada dua perlawanan persahabatan menentang Hong Kong di Stadium Jalan Besar pada Khamis (23 Jun).



Dua gol pantas dalam tempoh dua minit penyerang Lau Yun Yi di separuh pertama dan dua jaringan babak kedua kapten Chan Wing Sze dan Leung Hong Kiu memberikan Hong Kong, pasukan nombor 78 dunia, kemenangan dalam perlawanan pertama mereka sejak kelayakan Piala Asia pada September tahun lalu. 



Siri perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ itu dianjurkan sebagai persiapan bagi Singapura, yang menduduki tangga ke-132 dunia, menjelang Kejohanan Wanita AFF di Filipina pada 4-17 Julai.



Di depan 1,560 penyokong malam ini, jurulatih Singapura Stephen Ng mengatur formasi 3-5-2, dengan beberapa pemainnya beraksi dalam posisi luar dari zon selesa mereka.



Benteng pasukan wanita Singa dibentuk kapten Ernie Sulastri, Dhaniyah Qasimah dan Fatin Aqillah Ridzwan, dengan penyerang, Putri Nur Syaliza dan Farhanah Ruhaizat, digunakan sebagai bek sayap.



Dorcus Chu, Stephanie Dominguez dan Nurhidayu Naszri mengawal midfield, manakala serangan dipimpin oleh penyerang Summer Chong, yang diberi kepercayaan membuat penampilan sulungnya untuk negara, dan pemain midfield Lila Tan.



Dari awal perlawanan, Singapura bersikap lebih defensif.



Meskipun itu, Hong Kong hanya memerlukan 11 minit untuk membolosi gawang pasukan tuan rumah.



Noor Kusmawati kurang kemas ketika menyelamatkan rembatan mantap pemain Hong Kong dan Lau dengan pantas menghukum penjaga gol Singapura itu. 



Dua minit kemudian, Lau dihadiahkan peluang yang sama dan secara tenang menyumbat gol keduanya malam ini.



Singapura cuba bangkit merapatkan jurang gol selepas waktu rehat.



Tetapi, pasukan lawan terbukti lebih menyengat apabila serangan lincah Hong Kong berjaya memporak-perandakan benteng Singapura untuk Chan meledakkan gol ketiga mereka pada minit ke-52.



Tandukan Leung seminit sebelum tamat perlawanan menyempurnakan pesta gol Hong Kong di kota Singa. 



Kedua-dua pasukan akan kembali beraksi di Stadium Jalan Besar malam Ahad ini bagi menutup tirai persaingan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >