Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SILAT

Farhan, Iqbal masuk gelanggang dengan satu hasrat - emas

Pesilat SG jangka lebih banyak kejayaan lepas kekal gelaran di kejohanan dunia
Aug 08, 2022 | 05:30 AM



MEREKA berdua sudah menyapu semua pingat emas yang dipertandingkan dalam dunia silat.



Namun, sateria Singapura Sheik Farhan Sheik Alau'ddin dan Muhammad Iqbal Abdul Rahman masih mengidamkan lebih banyak kecemerlangan dalam gelanggang.



Dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka dua minggu lalu, duo itu berjaya mempertahankan takhta mereka, sekali gus membuktikan penguasaan mereka dalam acara masing-masing - tanding kelas J putera dan seni tunggal putera.



Kemenangan itu merupakan emas keempat Farhan dalam kejohanan dunia, dan yang kedua Iqbal.



Meskipun sudah berkali-kali mengangkat gelaran juara, Farhan, 25 tahun, tidak jemu menaiki podium.



"Berbanding kejuaraan dunia pertama saya (pada 2015), saya fikir apa yang kekal ialah kepercayaan dan keinginan saya untuk menang.



"Mungkin bezanya ialah reaksi saya dan orang ramai di sekeliling terhadap kemenangan saya.



"Emas sulung saya adalah sesuatu yang hanya saya yang jangkakan. Tapi sekarang semua orang, termasuk diri saya, menjangkakan kemenangan itu.



"Pengalaman bertahun-tahun ini menjadikan saya lebih matang... dan fikir bahawa saya berada dalam gelanggang bukan untuk bersaing sahaja, sebaliknya saya ingin menang."



Jangkaan tinggi terhadap Farhan itu setimpal dengan pencapaian hebatnya.



Selain empat gelaran dunia dalam genggaman, beliau meraih emas dalam Sukan SEA dua kali (2017 dan 2022) dan Kejohanan Pencak Silat Asia empat kali (2015, 2016, 2017 dan 2019).



Farhan menambah bahawa beliau akan berehat seketika daripada bertanding, lepas tempoh kejohanan padat sepanjang separuh pertama tahun ini.



Pesilat juga masuk gelanggang Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara di Singapura pada Februari lalu, sebelum ke Hanoi, Vietnam bagi Sukan SEA tiga bulan kemudian.



"Saya akan terus berusaha gigih dalam latihan... Saya mahu menjadi lebih baik dan mempersiapkan diri bagi kejohanan besar seterusnya," ujarnya.



Sementara itu, kemenangan emas kedua Iqbal meletakkan beliau dalam senarai pesilat hebat Singapura, di samping juara dunia dua kali, Sheik Alau'ddin Yacoob Marican (1990 dan 1994) dan Shakir Juanda (2012 dan 2016).



Iqbal, 29 tahun, yang dilihat melakukan sujud syukur dan rasa emosi selepas dinobat juara pada 29 Julai, berkata:



"Saya kelihatan emosi sebab ini adalah emas kedua saya dan ia datang selepas kemenangan dalam Sukan SEA."



Pada Mei lalu, Iqbal menggondol emas sulungnya dalam temasya sukan serantau itu, lepas gagal lima kali pada penyertaan sebelumnya.



"Pastinya orang ramai boleh mengharapkan yang lebih baik daripada saya. Secara peribadi, saya fikir keingingan saya untuk menang masih membara dalam jiwa.



"Saya rasa saya boleh bersaing dalam lebih banyak pertandingan pada masa akan datang," ujar juara Asia empat kali itu.




"Berbanding kejuaraan dunia pertama saya (pada 2015), saya fikir apa yang kekal ialah kepercayaan dan keinginan saya untuk menang. Mungkin bezanya ialah reaksi saya dan orang ramai di sekeliling terhadap kemenangan saya. Emas sulung saya adalah sesuatu yang hanya saya jangkakan. Tapi, kini semua orang, termasuk saya, menjangkakan kemenangan itu. Pengalaman bertahun-tahun ini menjadikan saya lebih matang... dan fikir bahawa saya berada dalam gelanggang bukan untuk bersaing saja, sebaliknya saya ingin menang."
- Sheik Farhan Sheik Alau'ddin, mempertahankan pingat emasnya dalam acara tanding kelas J putera dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia di Melaka.



"Pastinya orang ramai boleh mengharapkan yang lebih baik daripada saya. Secara peribadi, saya fikir keingingan saya untuk menang masih membara dalam jiwa. Saya rasa saya boleh bersaing dalam lebih banyak pertandingan pada masa akan datang."
- Muhammad Iqbal Abdul Rahman, mempertahankan pingat emasnya dalam acara seni tunggal putera dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia di Melaka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >