Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Golf tinggal kenangan kini lebih serasi jaring gol di padang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

BOLA SEPAK TEMPATAN

Golf tinggal kenangan kini lebih serasi jaring gol di padang

Jun 26, 2022 | 05:34 AM

GADIS ini memegang kayu golf lebih lama berbanding menendang bola.

Namun, apabila diperkenalkan kepada bola sepak secara kebetulan sekitar enam tahun lalu, pemain Singapura Nadhra Aqilah Saiful tidak kekok atau perlu menunggu lama untuk mencari keserasian di padang bola.

Nadhra, 28 tahun, mula sebagai jurulatih bola sepak untuk kanak-kanak tetapi peluang menghadiri satu percubaan bersama kelab tempatan Tanjong Pagar United pada November 2017 mengubah haluan perjalanan sukannya.

Sejak itu, bekas pemain golf Singapura ini tidak menoleh belakang bagi menyulam minat dalam bola sepak. Bahkan, perkembangannya dalam sukan itu boleh dianggap pantas - berbanding pemain lain yang bermula di usia muda.

Dalam tempoh beberapa bulan selepas menyertai Tanjong Pagar United - kelab di mana beliau turut menjuarai Liga Nasional Wanita dan Piala Cabaran Wanita pada 2019 - Nadhra dipanggil untuk berlatih bersama pasukan nasional.

Beliau berjaya mendapat tempat dalam skuad nasional sekali gus menyarung jersi Singapura buat julung kalinya di pentas antarabangsa pada November 2018.

Nadhra, yang kini sudah lima kali mewakili negara, membentuk sebahagian skuad sementara pasukan wanita Singa seramai 29 pemain bagi Kejohanan Wanita AFF bulan depan.

Sebagai persiapan menjelang kejohanan Asia Tenggara pada 4-17 Julai di Filipina itu, Singapura beraksi dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa 'A' menentang Hong Kong sejak Khamis lalu di sini.

Kedua-dua pasukan akan kembali berentap di Stadium Jalan Besar malam ini bagi menutup tirai siri perlawanan itu.

"Saya seorang yang selalu meneliti apa yang saya lihat. Apabila saya menonton perlawanan bola sepak saya faham mengapa ia ofsaid dan sebagainya," kata Nadhra, yang datang dari keluarga penyokong Manchester United dan adik seorang abang pemain bola peringkat amatur.

"Saya sentiasa tahu saya ingin bermain bola sepak...tapi tidak pernah merancangnya.

"Jadi, saya boleh katakan bahawa perjalanan saya dalam bola sepak diatur tepat pada waktunya," kata alumni Sekolah Sukan Singapura itu, yang tujuh tahun mewakili negara dalam golf sejak usianya 13 tahun.

Namun, disebabkan tidak dapat terikat kepada komitmen latihan pasukan golf negara semasa di Institut Pengurusan Singapura (SIM), beliau berpisah dengan cinta pertamanya.

Perjalanan Nadhra dalam bola sepak bagaimanpun kelihatan semakin cerah didukung oleh prestasi mantapnya kebelakangan ini.

Pemain sayap Albirex Niigata itu berjaya menghasilkan rekod jaringan sempurna - tiga gol dalam tiga perlawanan pertama musim baru Liga Perdana Wanita Deloitte sejauh ini.

"Ia rasa hebat dapat menyumbat gol dalam setiap perlawanan. Ia bukan sesuatu yang saya rancang tapi pastinya, saya telah berusaha gigih, dengan komitmen pada latihan.

"Saya harap saya dapat meneruskan prestasi ini," kata pegawai eksekutif kreatif di Deloitte itu.

Nadhra berkongsi bahawa persembahannya itu adalah hasil latihan tambahan di bawah bimbingan Edge of The Box, iaitu program latihan dan pementoran untuk pemain bola sepak yang ingin menjadi profesional. Ia dikendalikan bekas pemain bola sepak asal England, Rory Winters.

"Selain latihan fizikal, dia juga bimbing anda secara mental, mengambil tahu tentang cabaran, kesukaran dalam bola sepak dan kesejahteraan anda. Ini sesuatu yang tidak boleh didapati dalam latihan berpasukan biasa," ujar Nadhra.

Berbekal prestasi ini, Nadhra, yang bermain posisi bek sayap dalam pasukan nasional, menambah beliau mendambakan konsistensi dalam permainannya selain meraih kepercayaan jurulatih pasukan wanita Singa, Stephen Ng, untuk diturunkan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3