WALAU tidak dipilih mewakili Singapura dalam sukan floorball di Sukan SEA 2019, Abdul Hafiz Zubir tetap berjaya mengharumkan nama tanah airnya di Finland.
Penyerang berusia 29 tahun itu telah mencatat sejarah sebagai pemain Asia pertama yang menjaring gol untuk kelab floorball liga ketiga Finland, Classic United.