Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN PENCAK SILAT DUNIA

Sheik puas hati walau kurang pingat dibawa pulang

Aug 04, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN pulang dengan kurang pingat berbanding edisi lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi) Sheik Alau'ddin Yacoob Marican tetap berpuas hati dengan persembahan anak didiknya dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia 2022.



Sepanjang lima hari bertanding di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sejak Rabu lalu, Singapura berjaya menggondol 17 pingat - empat emas, lima perak dan lapan gangsa.



Pungutan pingat Singapura gagal mengatasi 20 pingat - tujuh emas, enam perak dan tujuh gangsa - yang dimenangi pada pertandingan lalu pada 2018.



Edisi 2018 itu berlangsung di Singapura dan merupakan pencapaian terbaik negara dalam sejarah kejohanan dunia.



Sheik, juara dunia dua kali pada 1990 dan 1994, memberitahu Berita Harian (BH):



"Majoriti pesilat kita adalah baru kepada arena antarabangsa dan pertama kali beraksi di pentas besar tapi mereka berjaya memaparkan persembahan baik. Walau apapun keputusan yang mereka raih, saya gembira. Saya pasti mereka akan terdorong untuk terus gigih berlatih dan bangkit menjadi lebih baik."



Singapura diwakili 30 pesilat dalam 23 acara seni dan tanding dalam edisi kali ini.



Seramai 19 daripada mereka buat julung kalinya beraksi di gelanggang dunia.



Skuad itu mempunyai usia purata 22 tahun, dengan 12 pesilat negara berusia 20 tahun dan ke bawah.



Sheik turut kagum dengan keinginan dan keberanian pesilat mudanya untuk bersaing dalam pentas terbesar sukan itu.



Antaranya ialah Aniq Asri Mohammad Yazid, 17 tahun, yang dinobat juara dalam acara tanding B putera pada percubaan pertamanya.



Wajah baru lain seperti Muhammad Shahfareeq Shahrudin dan Dhani Andika Razali, kedua-duanya, 17 tahun, serta Nadhrah Sahrin, 18 tahun, juga hampir menggengam emas namun hanya pulang dengan perak dan pengalaman berharga beraksi di pentas akhir.



Anak Sheik, Nur Shaqira, 15 tahun, pula menentang Siti Rahmah Mohamed Nasir dari Malaysia pada separuh akhir. Shaqira tewas kepada juara dunia empat kali itu dan meraih gangsa dalam penyertaan sulungnya.



"Malah, sebagai seorang bapa, saya khuatir melihat dia bertanding…Tapi, keinginan kuat pesilat muda kita untuk bertanding di atas pentas besar adalah perkara yang baik," kongsi Sheik. "Saya gembira dan terdorong untuk bekerjasama untuk membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi."



Kem latihan intensif menjelang kejohanan dunia, yang mana para pesilat 'berkampung' di OCBC Arena dan berjauhan daripada keluarga selama dua bulan, adalah usaha yang berbaloi dan lebih banyak sesi sebegini bakal dikelolakan, tambah Sheik.



"Menyatukan atlet bersama adalah penting...Kami dapat lihat atlet makan, tidur dan berlatih bersama.



"Sekitaran ini akan memberi mereka motivasi besar untuk mencabar diri masing-masing semasa latihan, sehingga misi kami dalam pertandingan berjaya dicapai," ujarnya.



Setelah tempoh saingan yang padat bagi separuh pertama tahun ini - Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara (Februari), Sukan SEA (Mei) dan Kejohana Pencak Silat Dunia (Julai) - pesilat negara akan berehat sekurang-kurangnya dua minggu sebelum kembali berlatih.



Buruan pingat seterusnya pasukan negara ialah Pencak Silat Antarabangsa Terbuka Indonesia, Kejohanan Pencak Silat Asia dan Kejohanan Pencak Silat Pantai Dunia di Cebu, Filipina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >