Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kelayakan Piala Asia: Impian S’pura berakhir selepas kalah 0-1 kepada Tajikistan

Jun 11, 2022 | 09:06 PM



PERJUANGAN pasukan Singa untuk memburu kelayakan dalam Piala Asia AFC tahun depan berakhir pada Sabtu (11 Jun) selepas tumpas 0-1 di tangan Tajikistan.



Gol tunggal penyerang Shervoni Mabatshoev pada minit ke-51 di Stadium Dolen Omurzakov di Bishek, Kyrgyzstan cukup untuk memberi Tajikistan, pasukan nombor 114 dunia, kemenangan kedua mereka dalam kelayakan ini.



Singapura, yang menghuni tangga 158 dunia, sebaliknya mengalami kekalahan berturut-turut dalam Kumpulan F sekali gus tersingkir daripada pertandingan.



Rabu lalu, pasukan Singa kendalian Takayuki Nishigaya membuka kempen mereka ditewaskan Kyrgyzstan 1-2.



Kumpulan itu turut dianggotai Myanmar.



Kyrgyzstan dan Myanmar akan memainkan perlawanan kedua mereka pada 11 malam ini. 



Petang ini, Nishigaya mengekalkan sistem permainan sama, 3-5-2, dengan hanya membuat satu perubahan pada kesebelasan utamanya berbanding kekalahan Rabu lalu.



Christopher Van Huizen menggantikan Nur Adam Abdullah dalam posisi bek kiri.



Singapura mampu mencipta beberapa peluang jaringan, seawal minit kedua, tetapi seperti perlawanan sebelumnya kurang tajam di depan gawang untuk menyumbat gol.



Mereka hampir menyekat Tajikistan pada minit ke-76 apabila tandukan Safuwan Baharudin dari hujung gawang dijaringkan Ikhsan Fandi, tetapi pengadil menilai gerakan itu sebagai ofsaid.



Kekecewaan dalam kempen kali ini melanjutkan kemarau Singapura untuk mara ke final Piala Asia.



Singapura pernah beraksi sekali dalam final Piala Asia sebagai pasukan tuan rumah bagi edisi 1984



Hanya enam juara kumpulan dan lima pasukan tempat kedua terbaik akan mara ke pusingan final tahun depan.  



Singapura akan menutup tirai kempen mereka menentang Myanmar pada Selasa ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >