Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFF SUZUKI

Song akur air mata hampir mengalir sebaik dengar 'Majulah Singapura'

Kejohanan antarabangsa pertama bagi bintang muda kelahiran Korea sejak jadi warga SG
Dec 09, 2021 | 05:30 AM



PEMINAT bola sepak setempat mengenali Song Ui-young - pemain skuad Singa yang dilahirkan di Korea Selatan - sebagai pemain yang lasak dan rajin berlari sepanjang 90 minit perlawanan.



Namun Song, yang menyarung jersi nasional buat kali pertama dalam perlawanan kompetitif semasa Singapura melawan Myanmar di Piala AFF Suzuki ini, menunjukkan sudut lebih lembut dan penuh emosi baru-baru ini, apabila beliau mengaku air matanya hampir mengalir semasa mendengar Majulah Singapura dimainkan sebelum wisel mula.



"Ia adalah perlawanan pertama saya, di depan penyokong Singapura... saya begitu terdorong untuk menunjukkan apa yang boleh saya lakukan untuk negara," ujar Song, yang menjadi warga Singapura pada Ogos lalu.



"Saya sama sekali tidak membayangkan ia boleh berlaku... tetapi saya hampir menangis apabila menyanyikan lagu kebangsaan kerana ia adalah saat yang begitu istimewa bagi saya."



Song, 28 tahun, berkata demikian dalam wawancara dengan fas.org.sg kelmarin, sebelum Singapura menentang Filipina dalam perlawanan kedua malam tadi.



Penyokong yang menyaksikan aksi Song dalam perlawanan pertama dengan Myanmar mungkin kagum melihat pemain itu tidak berhenti berlari untuk mematahkan serangan lawan dan selepas itu melancarkan serang balas dengan hantaran-hantar bola yang tepat ke barisan depan.`



Malah, satu gerakan yang dimulakannya berkesudahan dengan gol yang dijaringkan oleh Ikhsan Fandi dalam kemenangan 3-0 ke atas Myanmar itu.



Dan apabila Song diganti keluar oleh Tatsuma Yoshida di penghujung perlawanan, beliau berbuat demikian dengan diiringi tepukan gemuruh penonton.



"Sebenarnya, saya hanya cuba menuruti arahan jurulatih seberapa baik yang mampu. Persembahan kami (dalam perlawanan dengan Myanmar) belum lagi mencapai 100 peratus, tetapi saya percaya kami dapat bermain dengan lebih baik dalam perlawanan akan datang. Tentunya, sokongan penyokong juga akan memberi kami keberanian untuk beraksi dengan baik," kata Song.



Menambah, Song berkata beliau sedar jurulatih mungkin akan mengubah kesebelasan utama bagi setiap perlawanan, terutama dalam pertandingan yang panjang seperti Piala AFF Suzuki.



Namun beliau akur perlu bersedia memberi sumbangan setiap kali 'dipanggil'.



"Sebagai pemain, kami harus bersedia untuk beraksi apabila diperlukan dan saya sendiri bersedia bermain 90 minit penuh bagi pasukan," ujar Song, yang menyarung jersi Lion City Sailors dalam Liga Perdana Singapura.



Singapura, juara empat kali pertandingan ini, telah dipilih menjadi tuan rumah bagi pertandingan sepanjang sebulan yang diadakan di tengah-tengah pandemik ini.



Diundi dalam Kumpulan A, Singapura berharap mengutip mata maksimum daripada tiga perlawanan pertama - dengan Myanmar, Filipina dan Timor Leste - sebelum berdepan dengan juara lima kali Thailand dalam perlawanan kumpulan terakhir, untuk mencerahkan peluang ke pusingan selanjutnya.



Dua pasukan teratas dari Kumpulan A dan Kumpulan B mara ke separuh akhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >