Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Sekurang-kurangnya 5 pingat perak jadi milik pesilat S’pura

May 15, 2022 | 08:44 PM



Dari Hanoi 



HARAPAN pasukan silat Singapura untuk memburu pingat emas di Sukan SEA Vietnam terus bernyala, selepas lima pesilat berjaya ke final hari ini.



Ini bermakna sekurang-kurangnya lima pingat perak sudah berada dalam genggaman Singapura.



Di Gimnasium Bac Tu Liem di Hanoi, Vietnam petang ini, Abdul Raazaq Abdul Rashid memulakan pesta kemenangan negara setelah mengecewakan juara dunia tiga kali Malaysia, Mohd Al Jufferi Jamari 26-21 dalam separuh akhir acara tanding putera kelas F (70-75kg). 



Abdul Raazaq, 20 tahun, ketinggalan 26-31 berbaki 11 saat dalam pusingan terakhir sebelum Jufferi, 30 tahun, menendang Raazaq di muka dan diberikan amaran.



Jufferi, yang sebelumnya dilihat mengalami kecederaan bahu kanan dalam suku akhir, dikenakan potongan lima mata, dengan Singapura merampas kemenangan di saat-saat akhir.



Sheik Ferdous Sheik Alau’ddin turut ke final menerusi tewas teknik atau ‘technical knockout’ (TKO). Pesilat Thailand, Suthat Bunchit, disingkirkan dalam pusingan kedua selepas Ferdous, 25 tahun, ditumbuk secara haram dan harus diusung keluar dari gelanggang oleh pasukan perubatan. Sebelum aksi berbahaya itu, Ferdous ketinggalan 10-14. 



Juara dunia tiga kali Sheik Farhan Sheik Alau’ddin semakin hampir mempertahankan pingat emasnya di Sukan SEA 2017 selepas menang 13-11 menentang Muhammad Robial Sobri  dari Malaysia dalam separuh akhir acara tanding putera kelas J (90-95kg).



Seorang lagi juara dunia, Nurul Suhaila Mohamed Saiful menjejakkan kaki ke final Sukan SEA buat pertama kali setelah berjaya mengatasi harapan tuan rumah Nguyen Thi Cam Nhi dari Vietnam 47-45 dalam separuh akhir acara tanding puteri kelas E (65-70kg).



Suhaila, 27 tahun, pernah menang pingat gangsa dalam tiga edisi lalu Sukan SEA - tanding puteri kelas D (60-65kg) pada 2015 serta 2017 dan kelas B (50-55kg) pada 2019.



Semalam, juara dunia Muhammad Hazim Mohd Yusli, 20 tahun, menjadi pesilat negara pertama untuk melayakkan diri ke final.



Pemenang pingat emas di Sukan SEA 2019 itu menumpaskan warga Laos Chansamone Phomsopha melalui tewas teknik atau ‘technical knockout’ (TKO) dalam separuh akhir acara tanding putera kelas C (55-60kg). 



Perlawanan final akan berlangsung esok.



Bagaimananpun, dua muka baru dalam Sukan SEA terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa. 



Muhammad Syakir Jeffry, 20 tahun, terkandas separuh akhir acara tanding putera kelas H (80-85kg). Beliau tewas kepada warga Indonesia, Ronaldo Neno 33-49. 



Siti Khadijah Mohd Shahrem  juga 20 tahun, pula jatuh di tangan Siti Rahmah Mohd Nasir dari Malaysia 46-70 dalam separuh akhir acara tanding puteri kelas F (70-75kg).



Singapura diwakili dalam sembilan acara tanding di Sukan SEA ini.



Dengan keputusan hari ini, pasukan silat Singapura sudah menggondol enam pingat - satu emas, satu perak dan empat gangsa - di Hanoi. Empat pingat sebelumnya diraih dalam acara seni.



Persembahan itu berjaya mengatasi pungutan lima pingat – dua emas, satu perak dan dua gangsa – daripada lapan acara yang disertai dalam edisi lalu temasya sukan 2019 di Filipina.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau’ddin Yacoob Marican, sebelum ini memberitahu Berita Harian beliau menjangka pesilat negara mampu meraih tiga pingat emas, dua pingat perak dan tiga pingat gangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >