Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID HASANAH

Anjur program relevan untuk dekati semua golongan masyarakat

Jul 22, 2022 | 05:49 AM



MASJID Hasanah terus berusaha mendekati jemaah dengan program-program relevan bagi semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, orang kurang upaya dan kaum Hawa.



Antara program yang telah disusun pihak masjid termasuk dari segi kesihatan, keagamaan, kemasyarakatan, kekeluargaan dan pelajaran.



Bagi menghidupkan bulan Zulhijah, Masjid Hasanah sudah menganjurkan pengagihan bubur masjid selama seminggu dari 1 hingga 9 Zulhijah lalu untuk jemaah berbuka puasa.



Usaha pemberian bubur ini adalah sebagai langkah permulaan pihak masjid untuk menunjukkan sikap keprihatinan kepada jemaah yang mengunjungi masjid ini sejak langkah penjarakan selamat dilonggarkan.



Para jemaah juga berpeluang mendengar ceramah ringkas kelolaan Jabatan Dakwah Masjid Hasanah selepas berbuka puasa.



Dalam pada itu, Masjid Hasanah menitikberatkan kesihatan jemaah, terutama kaum wanita yang telah meningkat usia.



Justeru, pihak masjid telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Eksekutif Wanita (WEC) dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dari Kelab Masyarakat Ayer Rajah untuk menganjurkan ceramah mengenai penyakit barah buah dada.



Ceramah tentang barah buah dada ini telah diadakan di Masjid Hasanah pada 18 Jun lalu.



Acara saringan mamogram pertama pula telah diadakan pada 3 Julai lalu, manakala saringan mamogram kedua pula diadakan pada 13 Julai lalu.



Menurut Pengerusi WEC tersebut, Cik Vivien Chiam, kerjasama begini amat perlu bagi mendekatkan lagi masyarakat, terutama sekali kaum wanita Islam untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit barah buah dada dan langkah-langkah yang harus diketahui.



Kerjasama masjid bersama Kelab Masyarakat Ayer Rajah merupakan satu usaha untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan terus bersatu padu.



Satu lagi program anjuran masjid bagi membantu para penerima bantuan masjid ialah program 'Curahan Kasih' yang telah diperkenalkan pada 2020 menerusi alam maya yang diadakan seminggu sekali.



Pada tahun ini, program tersebut diteruskan secara fizikal bagi membantu lebih ramai lagi peserta yang ingin berkongsi pengalaman atau masalah mereka.



Program tersebut baru diadakan pada 6 Julai lalu di pekarangan masjid.



Tujuan utama program ini adalah untuk mendekatkan diri kepada para penerima bantuan masjid agar bersikap optimis semasa pandemik walaupun dilanda masalah, khususnya buat mereka yang telah kehilangan pekerjaan.



Program ini juga membolehkan para peserta meluahkan masalah yang mereka hadapi termasuk masalah kekeluargaan.



Ini membolehkan Masjid Hasanah untuk terus menghulurkan sokongan moral kepada peserta di samping merujuk masalah mereka kepada badan-badan lain.



Menurut Pegawai Eksekutif bahagian operasi di Masjid Hasanah, Ustaz Shawafi Osman, suasana Masjid Hasanah kini lebih baik dan bilangan jemaah semakin ramai, sama seperti sebelum pandemik.



Namun, pihak masjid masih lagi berharap lebih ramai jemaah dapat turut menghadiri program-program masjid pada masa akan datang kerana kemungkinan masih ada sebilangan jemaah yang memilih untuk mengikuti program masjid secara online dari rumah masing-masing.



Justeru, pihak masjid akan berusaha untuk mengadakan lebih banyak lagi program fizikal di masjid.



Para jemaah juga boleh menantikan sambutan awal dan akhir tahun serta Zikrah Asyura sempena Hari Kebangsaan Singapura.



Masjid Hasanah turut merancang menganjurkan program tahunan untuk menarik lebih ramai anggota masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum di kawasan Teban dan Pandan untuk mengeratkan lagi hubungan antara masjid dengan penduduk.



Pihak masjid berharap dapat terus mendekati jemaah dan mengalu-alukan maklum balas jemaah untuk meningkatkan lagi perkhidmatan masjid kepada masyarakat.




CARA MENYUMBANG



SILA beri sumbangan anda kepada dana Masjid Hasanah menerusi cara-cara berikut:



- PayNow: UEN S70MQ0042B



- Pemindahan bank ke nombor akaun: OCBC 591-070164-001 Isikan 'wakaf' atau 'infak' di ruang 'bill reference'.



Jika anda inginkan resit, sila isikan borang di laman web, www.linktr.ee/hasanahmosque



- Hantarkan cek anda kepada "LPM Hasanah".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >