Covid-19 merubah kehidupan, termasuk perniagaan di sini. Ramai peniaga terjejas hingga ada terpaksa gulung tikar. Namun, ada juga terus tabah mengharungi pandemik ini, yakin ia hanya embun di hujung rumput dan ada cahaya di hujung terowong. Berita Harian memapar tiga peniaga Singapura, menonjolkan keberanian mereka bertakat pada waktu mencabar ini.
WALAUPUN negara terus terjejas oleh pandemik Covid-19 sejak hampir dua tahun lalu, Cik Rudzaidah Dar Surnik tetap bersemangat dan yakin untuk memulakan salun rambutnya sendirinya tahun ini.