Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Satu Hati Satu Famili

PPIS Vista Sakinah perkukuh keluarga tiri

PPIS Vista Sakinah dikenali sebagai agensi pakar khusus dalam perkahwinan semula dan keluarga tiri untuk membantu pasangan dalam perjalanan mendirikan rumah tangga. Selain itu ia juga menyediakan latihan bagi pekerja sosial, kaunselor dan para profesional yang berkecimpung dalam bidang ini.
Mar 07, 2021 | 05:30 AM



SETIAP tahun menjelang Hari Ibu, Cik Mariana Abdul Gani, 37 tahun, akan menerima kad hasil karya dua anak tirinya.



Bagi Cik Mariana, hadiah kad itu sangat istimewa kerana ia seolah menandakan bahawa kededua anak tirinya, kini berusia 18 tahun dan 21 tahun, sangat menghargai kehadiran beliau dalam hidup mereka.



Hadiah kad itu adalah antara pelbagai kenangan indah Cik Mariana dalam membangun kehidupan keluarga tiri yang penuh dengan kasih sayang.



Cik Mariana, seorang pegawai eksekutif, merupakan seorang bujang tatkala beliau mendirikan rumah tangga bersama Encik Nezam Ariff Omar, 45 tahun, yang bertugas dalam bidang penjualan dan sudah mempunyai dua anak. Pasangan itu berkahwin sekitar 13 tahun lalu.



Cik Mariana sekaligus menjadi ibu tiri kepada kededua anak Encik Nezam yang berusia enam dan sembilan tahun ketika itu.



Mengulas tentang pengalaman beliau menyesuaikan diri sebagai ibu tiri sejurus menikahi Encik Nezam, Cik Mariana berkata:



"Selepas kahwin, saya segera mempunyai tanggung jawab untuk menjaga kededua anak tiri saya.



"Pada masa itu, suami saya bekerja syif dan saya tinggal di rumah bersama kededua anak tiri saya. Secara tidak langsung, kami bertiga (saya dan anak-anak) menjadi rapat.



"Ada kalanya kami ke kelas fardu ain bersama.



"Saya bergantung kepada mereka sebagaimana mereka bergantung pada saya," kongsinya.



Kini, dalam tempoh 13 tahun mereka mendirikan rumah tangga, Cik Mariana dan suami, Encik Nezam, telah bekerjasama untuk mengasuh dan mendidik anak-anak Encik Nezam.



Menurut Cik Mariana, beliau dan suaminya akan sama-sama berbincang tentang cara mendisiplinkan anak dan menetapkan peraturan di dalam rumah.



"Sekarang, kami lakukan semua perkara bersama. Misalnya, kami buat kerja rumah sama-sama dan cuba meluangkan masa bersama," kata Cik Mariana.



Pasangan suami isteri ini, bagaimana pun, telah berusaha membekalkan diri dengan kemahiran untuk membina kehidupan keluarga tiri yang harmoni dengan menyertai pelbagai program dan acara anjuran pusat sokongan khusus bagi perkahwinan semula dan keluarga tiri di Singapura, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) Vista Sakinah.



Mereka telah menyertai antaranya program pengayaan Fitrah, kumpulan sokongan untuk ibu dan bapa dalam keluarga tiri, acara ulang tahun Vista Sakinah yang ke-10 tahun, hari keluarga tiri, kem keluarga tiri di Kranji dan forum 'Keluarga Unik, Keluarga Sakinah'.



"Pertama kali saya menghadiri forum buat keluarga tiri anjuran Vista Sakinah, saya tanya suami saya - kenapa kami harus pergi ke forum ini? Tetapi, forum itu sebenarnya membuka mata kami pada keluarga tiri lain dan membuat kami sedar bahawa kami bukan keseorangan di dalam perjalanan menubuhkan keluarga tiri.



"Melalui progam-program Vista Sakinah, kami diingatkan bahawa kami lebih kuat daripada apa yang kami jangka," kata Cik Mariana.




BUTIRAN PROGRAM MEMUPUK KASIH



Memasuki alam perkahwinan semula dan memulakan keluarga tiri memerlukan cara yang berbeza berbanding perkahwinan pertama. Ikuti perjalanan bersama PPIS Vista Sakinah melalui program utamanya, Program Memupuk Kasih (PMK), yang bertujuan membuat persiapan tunggak penting ini dalam kehidupan pasangan yang berkahwin semula.



Apa itu Program Memupuk Kasih (PMK)?



PMK adalah program pra-perkahwinan yang dilakar khas oleh PPIS Vista Sakinah untuk pasangan yang bernikah semula meneroka alam unik perkahwinan semula dan keluarga tiri. Ia terdiri daripada sesi sejam setengah secara peribadi bersama seorang kaunselor terlatih, dan bengkel kursus rumah tangga selama sehari.



Apa yang akan saya pelajari semasa program ini?



Anda akan meraih pengetahuan tentang:



1. Dinamik dan persepsi kehidupan keluarga tiri.



2. Menangani Pengalaman dan Jangkaan Masa Lalu alam Perkahwinan Semula.



3. Kemahiran Berkomunikasi secara Berpasangan dan Penyelesaian Konflik.



4. Pengurusan Kewangan Keluarga Tiri.



5. Cara-Cara Pendekatan Keibubapaan untuk Ibu Bapa Tiri.



6. Peranan dan Tanggungjawab dalam Keluarga Tiri.



Adakah saya perlu membayar untuk mendaftar untuk sertai PMK?



Tidak. Bayaran PMK asalnya adalah $300 bagi setiap pasangan tetapi kini, ianya menerima subsidi sepenuhnya untuk pasangan-pasangan Muslim yang berkahwin semula; dan sekurang-kurangnya salah seorang adalah warga negara Singapura atau Penduduk Tetap (PR) Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >