VAKSIN Covid-19 adalah satu huraian yang diharapkan dapat mengatasi masalah pandemik, langsung dapat membuka ekonomi sedunia.
Ia diharapkan dapat memberi negara peluang membuka ruang udara untuk memulihkan sektor penerbangan, pelancongan dan hotel yang kini lumpuh kerana sekatan sedunia kepada perjalanan bebas. Vaksin selalunya mengambil masa yang panjang untuk dihasilkan sebelum ia boleh digunakan untuk awam.