Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

CATATAN WARTAWAN

Azam tahun baru… boleh berjaya ke?

Feb 20, 2022 | 05:30 AM



SUDAH menjadi lumrah setiap kali datangnya tahun baru, pasti ramai yang menetapkan azam untuk tahun itu.



Ada yang berazam untuk jadi lebih sihat, ada yang berazam untuk mendapat pekerjaan baru, dan tak kurang juga mereka yang mahu berhenti merokok. Tak kira apa azam tersebut, ramai yang mahu memperbaiki diri pada permulaan tahun baru.



Bagi saya pula, boleh dikatakan hampir setiap tahun saya berniat untuk menjadi lebih aktif.



Namun, tak sampai sebulan, azam itu terkubur. Bak kata pepatah, hangat-hangat tahi ayam.



Berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan, Februari merupakan bulan azam atau matlamat yang dibuat gagal diteruskan atau dilaksanakan.



Satu kajian dari Britain mendapati dua pertiga orang meninggalkan azam mereka dalam masa sebulan. Kebanyakan azam ini melibatkan keinginan menurunkan berat badan atau melakukan senaman dan ini dilakukan tahun demi tahun.



Satu kajian dari Amerika Syarikat pula mendapati kadar keahlian di gimnasium meningkat pada bulan Januari, tetapi kadar itu menurun setelah beberapa bulan.



Mengapakah ini terjadi?



Menurut laman Forbes, sebab utama ialah tidak berasa komited dengan azam tersebut. Malah, ia juga menyatakan kebanyakan orang berasa terpaksa membuat azam kerana melihat orang sekeliling menetapkan matlamat mereka tahun itu, jadi mereka juga tidak mahu rasa ketinggalan.



Jadi, apakah yang harus dilakukan supaya tujuan yang dibuat tidak dibiarkan begitu sahaja?



Satu cara ialah menetapkan matlamat khusus untuk diri anda.



Matlamat yang tidak jelas, seperti keinginan untuk menjadi lebih sihat, berkemungkinan besar tidak akan dapat dicapai.



Maka, keinginan itu perlu diubah dengan menetapkan cara tertentu untuk melaksanakannya.



Contohnya, jika anda ingin menurunkan berat badan untuk tahun baharu, anda harus tahu cara untuk melakukan demikian - dengan menjaga pemakanan, bersenam mengikut kemampuan diri dan sebagainya.



Cara yang lain pula ialah menetapkan matlamat kecil supaya ia lebih senang untuk dilakukan.



Lakukan satu perkara yang ingin anda lakukan setiap minggu untuk sebulan.



Jadi, jika anda mahu belajar memasak untuk tahun baru, cuba resipi baru setiap minggu untuk sebulan.



Ini akan menjadi satu kebiasaan untuk anda, dan mana tahu, anda akan berasa seronok melakukannya kerana anda dapat melihat (dan juga merasa) hasil usaha anda. Seperti pepatah Inggeris, consistency is key.



Satu perkara penting untuk diingatkan juga ialah azam itu tidak semestinya harus dibuat pada awal tahun sahaja.



Ini juga boleh dibuat sepanjang tahun, pada bila-bila masa sahaja mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing.



Dengan itu, untuk tahun ini, saya berazam untuk merubah azam dan matlamat saya.



Niat saya menjadi lebih aktif tahun demi tahun saya kuburkan sahaja dan sebaliknya, tetapkan beberapa perkara kecil yang mudah untuk saya laksanakan.



Salah satunya ialah mencuba sesuatu yang baru buat saya untuk beberapa bulan.



Saya kini sedang menjalani kelas membuat tembikar untuk beberapa sesi.



Sebelum memulakan kelas, saya fikir ia pasti senang untuk dilakukan.



Namun, sangkaan saya meleset setelah menjalani sesi pertama. Banyak teknik yang diperlukan, dan banyak juga tenaga yang harus saya gunakan. Berpeluh saya dibuatnya setelah selesai kelas setiap minggu. Rasanya seperti melakukan senaman!



Sungguh saya tidak menyangka ia sangat mencabar - mencabar kreativiti dan juga mencabar kudrat saya. Maklum sahaja, saya sering diejek teman-teman sebagai seorang yang 'ringan'.



Namun, dengan bimbingan dan dorongan guru dan rakan sekelas, saya seronok menjalani kelas itu, dan tidak sabar untuk melihat hasil kerja tangan saya di sesi terakhir nanti.



Banyak lagi perkara yang ingin saya lakukan dan capai untuk tahun ini, dan telah saya tuliskan senarai supaya saya dapat tandakan 'pencapaian kecil' saya.



Dengan cara ini, azam atau matlamat yang dibuat pada awal tahun tidak dibiarkan terabai.



Jadi, jika ada yang bertanya, bolehkah azam baru dikekalkan? Saya akan berkata boleh, jika anda merubah cara anda berfikir tentang perkara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >