Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Pengajaran, cabaran melancong ke luar negara dalam era Covid-19

Jan 02, 2022 | 05:30 AM



"SELAMAT ke?''



Begitulah reaksi beberapa kenalan tentang rancangan saya hendak bercuti di luar negara baru-baru ini.



Apa tidaknya.



Percutian selama dua minggu itu berlangsung sedang dunia dicengkam penularan satu lagi gelombang Covid-19 - kali ini dicetuskan oleh varian Omicron yang dipercayai lebih berbahaya.



Berdebar hati ini dibuatnya kerana ancaman terbaru itu muncul hanya beberapa hari sebelum saya dan isteri berlepas ke Sepanyol pada awal bulan lalu.



Tetapi kami cekalkan hati kerana berasa yakin telah membuat perancangan sewajarnya untuk mengurangkan risiko termasuk mengambil satu dos suntikan flu di samping vaksin penggalak Covid-19 sebelum berangkat.



Sebenarnya, percutian itu bukanlah sekadar untuk bersiar-siar semata-mata. Ia juga bertujuan untuk melepaskan rindu kepada anak perempuan kami yang sedang menuntut di Britain dan lama tidak ditemui gara-gara Covid-19.



Rancangan awal kami adalah untuk bertemu di negara tempat beliau bermaustatin.



Tetapi Jerman dipilih sebagai destinasi pertemuan pilihan pertama memandangkan situasi koronavirus yang amat teruk di Britain.



Bagaimanapun, pelan awal pihak berkuasa Jerman untuk mengetatkan kawalan Omicron (termasuk kemungkinan mengenakan perintah kuarantin yang pada akhirnya tidak dilaksanakan) membuat kami menukar destinasi sekali lagi - kali ini ke Sepanyol yang diberitakan lebih selamat.



Kelam kabut kami dibuatnya kerana pertukaran dibuat hanya dua minggu sebelum berangkat.



Tetapi, itulah realiti melancong dalam dunia yang dibelenggu Covid-19 - anda perlu tangkas membuat perubahan dan penyesuaian.



Kosnya juga lebih tinggi dan antara lain merangkumi tiket penerbangan Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) dan insurans perjalanan lebih mahal serta lapan ujian swab.



Walaupun perjalanan itu menguji kesabaran, ia tetap merupakan satu pengalaman manis yang sukar kami dilupakan.



KEKELIRUAN DAN KEBIMBANGAN



Jadi, bagaimana pengalaman bercuti di ambang Covid-19 di luar negara?



Pertama, bersedialah dibelenggu kekeliruan dan kebimbangan.



Peraturan keselamatan Covid-19 yang sering berubah-ubah dan berbeza-beza dari satu negara ke satu negara boleh membuat anda pusing kepala.



Perubahan ini memang perlu dijangkakan kerana situasi pandemik adalah dinamik dan boleh berubah dalam sekelip mata.



Kekeliruan juga boleh dijangkakan kerana tidak semua negara mempunyai pertimbangan dan sumber-sumber yang sama dari segi politik, sosial dan ekonomi dalam melaksanakan dasar perlindungan dari pandemik.



Tahap sokongan rakyat juga berbeza.



Sebagai contoh, sedang rakyat dan penduduk Singapura rata-rata menerima dan mematuhi arahan pemerintah, tidak begitu halnya dengan sebilangan penduduk di negara lain khususnya negara Barat seperti Amerika dan Eropah yang membantah sebarang langkah kawalan yang dianggap menceroboh hak asasi.



Malah, bantahan terhadap sekatan lockdown mencetus rusuhan di beberapa tempat.



Justeru, anda perlu memilih destinasi secara berhati-hati dan mengawasi perkembangan berita.



Selain itu, wadah media sosial seperti kumpulan chat Telegram bagi destinasi VTL juga boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan panduan berguna daripada warga Singapura yang sedang membuat perancangan atau pun sudah berada di luar negara.



Amalan penjarakan selamat juga perlu dipertingkat termasuk kerap menggunakan sanitiser tangan terutama sebelum makan untuk mengurangkan risiko.



Risikonya sememangnya tinggi kerana anda akan tersangkut selama sekurang-kurangnya dua minggu lagi jika disahkan positif Covid-19 di bawah aturan selamat VTL.



Rasa gemuruh hati ini apabila menunggu ujian swab kami dua hari sebelum pulang. Alhamdulillah, akhirnya semuanya selamat.



PENGALAMAN NEGARA LAIN



Bagaimana pula keadaan di Sepanyol dalam pandemik ini?



Ternyata, negara Eropah selatan itu merupakan pilihan selamat bagi percutian saya.



Tahap vaksinasinya (lebih 80 peratus) adalah antara yang tertinggi di Eropah.



Ramai penduduk dilihat memakai pelitup yang diwajibkan di tempat awam seperti stesen pengangkutan dan pusat beli-belah.



Malah, ramai yang memakai pelitup jenis N-95 (saya rasa kadarnya mungkin lebih tinggi daripada Singapura). Pekerja juga sering dilihat membersih dan menyahjangkit kemudahan awam.



Di stadium Real Madrid, saya melihat penonton bola sepak mematuhi arahan memakai pelitup. Kakitangan stadium turut menjalankan rondaan bagi memastikan arahan dipatuhi.



Sikap peminat bola sepak ini sungguh berbeza daripada yang dipaparkan di liga-liga lain Eropah yang acuh tak acuh terhadap koronavirus.



Para pengamat percaya sokongan tinggi terhadap amalan jarak selamat ini didorong oleh pendedahan kepada ilmu sains sejak berkurun lamanya.



Seperti Singapura, saya percaya tahap sokongan mantap inilah antara kunci kejayaan Sepanyol dalam mengawal penularan koronavirus di negara itu.



MENGHAYATI DUNIA PASCA-COVID-19



Yang nyata, keadaan pandemik di Singapura nampak terkawal berdasarkan kadar jangkitan dan kematian yang rendah akibat Covid-19.



Kejayaan ini tidak mungin tercapai tanpa ciri-ciri keselamatan yang diamalkan sepanjang tempoh pandemik.



Sebagai contoh, apabila mendarat di Lapangan Terbang Changi semasa pulang dari cuti, saya agak terpegun melihat kerja-kerja keselamatan yang dijalankan. Ia bagaikan satu operasi tentera yang licin.



Lebih 100 pekerja barisan depan ditugaskan untuk memeriksa, menjalankan ujian swab dan memandu penumpang keluar daripada Terminal 3 dengan teratur dan selamat.



Walaupun penumpang bertali arus turun dari kapal terbang, saya tidak perlu beratur lama - kurang 15 minit - bagi proses pemeriksaan.



Tentunya, kejayaan ini tidak datang bergolek begitu sahaja.



Walaupun kita kini boleh menarik sedikit nafas lega, namun kita tidak mampu dibuai leka apalagi terlalu cepat meraikan kejayaan kerana keadaan boleh berubah dengan sekelip mata.



Pucuk pangkalnya, belum tiba masanya bagi kita untuk mengetepikan amalan keselamatan seperti memakai pelitup, menggunakan sanitiser dan mematuhi arahan jarak selamat.



Malah, amalan ini dijangka menjadi satu kebiasaan pascapandemik.



Yang nyata, realiti hidup berdepan dengan Covid-19 adalah suatu yang harus kita hadapi tetapi kita tidak ha`rus membiarkannya meragut kehidupan kita.



Berbekalkan sikap berwaspada, kita pasti mampu menikmati kehidupan seperti biasa termasuk mengatur percutian yang telah lama dipendamkan itu.




Pucuk pangkalnya, belum tiba masanya bagi kita untuk mengetepikan amalan keselamatan seperti memakai pelitup, menggunakan sanitiser dan mematuhi arahan jarak selamat.

Malah, amalan ini dijangka menjadi satu kebiasaan pascapandemik.

Yang nyata, realiti hidup berdepan dengan Covid-19 adalah suatu yang harus kita hadapi tetapi kita tidak harus membiarkannya meragut kehidupan kita. Berbekalkan sikap berwaspada, kita pasti mampu menikmati kehidupan seperti biasa termasuk mengatur percutian yang telah lama dipendamkan itu.

- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >