Kadar jenayah naik tahun lalu ekoran bertambahnya kes tipu
Sepuluh jenis kes penipuan utama tahun lalu melibatkan lebih $168 juta
Feb 06, 2020 | 05:30 AM
KADAR jenayah Singapura meningkat tahun lalu ekoran jumlah kes penipuan yang semakin bertambah, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) semalam.
Jumlah keseluruhan jenayah meningkat 6.3 peratus kepada 35,209 kes tahun lalu, berbanding 33,126 kes pada tahun sebelumnya.