Topik diikuti
Pergi ke BHkuJenama nasi padang popular dari Indonesia, ambil alih ruang Pariaman
Jenama nasi padang popular dari Indonesia, ambil alih ruang Pariaman
Bakal buka cawangan pertama di S’pura, ambil alih tempat Warong Nasi Pariaman yang ditutup
Jenama nasi padang popular dari Indonesia, ambil alih ruang Pariaman
Jenama nasi padang popular dari Indonesia, Restoran Sederhana Masakan Padang, bakal membuka cawangan pertamanya di Singapura, mengambil alih ruang Warong Nasi Pariaman di kawasan Kampong Gelam.
Perkembangan itu diumumkan menerusi akaun Instagram rasmi mereka pada 18 Mei.
“Singapura, kami sudah tiba.
“Sebuah legasi yang bermula sejak beberapa dekad lalu kini menemui rumah baharu merentasi sempadan.
“Selepas pencarian panjang untuk lokasi yang tepat, kami bangga membawa cita rasa Indonesia ke Kampong Gelam, sekali gus menandakan satu lagi bab bermakna dalam perjalanan kami,” berdasarkan satu hantaran yang dimuat naik ke Instagram Restoran Sederhana.
Pembukaan itu juga menandakan bab baharu buat lokasi itu selepas restoran nasi padang terkenal, Warong Nasi Pariaman, menutup operasi awal 2026.
Penutupan itu sebelum ini mengundang rasa sedih dalam kalangan pelanggan setia, kerana restoran tersebut sudah lama menjadi antara destinasi nasi padang popular di Singapura.
Restoran Sederhana pula bukan nama asing dalam dunia kulinari Indonesia.
Ia diasaskan di Padang, Sumatera Barat, yang terkenal dengan hidangan nasi padang asli Minangkabau, dan ia mempunyai rangkaian restoran yang luas di Indonesia dan beberapa negara lain.
Antara menu popular mereka termasuk rendang daging, ayam pop, gulai tunjang, dendeng balado dan sambal hijau.
Restoran itu dikenali dengan konsep hidangan lauk yang disajikan secara serentak di atas meja, satu gaya tradisional masyarakat Minang yang menjadi tarikan pelanggan tempatan dan pelancong.
Setakat ini, tarikh rasmi pembukaan cawangan Singapura belum diumumkan
Restoran Sederhana dijangka membuka pintunya pada 29 Mei di Kampong Gelam.
