Topic followed successfully
Go to BHku‘Sawadee’ nikmati bufet Thai di Restoran Atrium
‘Sawadee’ nikmati bufet Thai di Restoran Atrium
Tawaran 1-untuk-1, empat pengunjung bertuah berpeluang menangi hadiah penginapan hotel di Thailand
‘Sawadee’ nikmati bufet Thai di Restoran Atrium
Membawa hidangan Thai terus ke meja tanpa perlu terbang jauh, Restoran Atrium di Holiday Inn Singapore Atrium kini menawarkan hidangan terbaru mereka, Bufet Aroi Thai.
Pengalaman masa terhad ini, berlangsung dari 23 Mac hingga 24 Mei 2026, menampilkan cita rasa Thailand yang meriah.
Melalui bufet yang luas, pengunjung disajikan dengan hidangan asli Thai, makanan laut premium dan klasik makanan jalanan yang digemari.
Meraikan pelancaran ini, semua pengunjung dewasa boleh menikmati promosi menarik satu-untuk-satu, sah untuk makan tengah hari dan makan malam, manakala kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah boleh menjamu selera secara percuma.
Bufet Aroi Thai menawarkan penerokaan warisan kulinari Thailand yang lazat.
Sajian bermula dengan paparan premium Seafood on Ice, menampilkan pilihan udang, kupang dan kaki ketam salji secara bergilir, dipadankan dengan sos Thai istimewa.
Pelbagai salad dan pembuka selera Thai turut tersedia, termasuk som tam thai (salad betik), yum woon sen (salad mi kaca dengan udang), laab ikan salmon dan salad limau bali Thai yang segar.
Pelanggan juga boleh menjamu selera dari stesen makanan dengan tukang masak, atau stesen live chef.
Ia menyediakan sajian yang baru dibuat seperti roti perata, laksa Singapura dan shawarma perap Thai (tersedia semasa makan tengah hari).
Rangkaian hidangan panas Thai pula menampilkan makanan harian seperti gaeng kiew wan (kari hijau Thai), hidangan tumis selasih, tomyam makanan laut, pad thai, nasi goreng nanas, siakap kukus dalam limau dan cili, serta udang masak asam jawa.
Semasa waktu makan malam, bufet dipertingkatkan lagi dengan Carving of the Night, menyajikan daging rusuk mata lembu panggang yang diperap dengan herba Thai (pada hari bekerja) dan wagyu D-rump (pada hujung minggu).
Pengalaman itu disempurnakan dengan Sudut BBQ gaya Thai, yang menawarkan makanan panggang seperti gai yang isan (ayam panggang Thai gaya Isan), sotong limau cili, udang panggang Thai dengan mentega serai dan lamb chop.
Akhiri jamuan dengan pilihan pencuci mulut Thai dan tempatan, termasuk pulut mangga, red ruby, bua loy (bebola nasi dalam santan) dan luk chup (gula-gula kacang hijau Thai – hanya untuk makan malam dan makan tengah hari hujung minggu).
Sepanjang tempoh promosi, empat pengunjung bertuah berpeluang memenangi hadiah Pengundian Bertuah Thai Getaway, iaitu penginapan hotel tiga hari, dua malam di Thailand.
Hadiah termasuk penginapan di Holiday Inn Express Bangkok Sathorn, Holiday Inn Express Pattaya Central, Holiday Inn Bangkok Sukhumvit dan Holiday Inn Resort Phuket.
Untuk menyertai, pengunjung hanya perlu menjamu selera dalam tarikh khusus dan melengkapkan borang undian bersama resit makan.
Harga Bufet (Sebelum Diskaun satu-untuk-satu)
– Makan Tengah Hari Hari Bekerja (Isnin-Jumaat): $98++ seorang dewasa | $25++ seorang kanak-kanak (6-12 tahun)
– Makan Tengah Hari Hujung Minggu (Sabtu, Ahad & Cuti Umum): $108++ seorang dewasa | $25++ seorang kanak-kanak
– Makan Malam Hari Bekerja (Isnin-Khamis): $118++ seorang dewasa | $30++ seorang kanak-kanak
– Makan Malam Hujung Minggu (Jumaat-Ahad & Cuti Umum): $128++ seorang dewasa | $30++ seorang kanak-kanak
Alamat: Restoran Atrium, Holiday Inn Singapore Atrium, 317 Outram Road, Singapura 169075
