HARI yang ditunggu akhirnya tiba. Selama setahun saya dan anak kedua, Jasa Wira, telah merancang mahu merentas hutan.
Kami memilih Taman Negara Gunung Leuser di Sumatera. Perjalanan sejauh 60 kilometer dari bandar Kutacane ke Kampung Bukit Lawang selalunya mengambil masa tujuh hari.