Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hayati ibadah, perkasa minda

Nov 04, 2019 | 05:30 AM



MUSIM cuti sekolah merupakan masa terbaik bersama keluarga bagi mengeratkan silaturahim dan menenangkan fikiran.



Bagi mereka yang gemar merehatkan minda di tepi pantai, Krabi tidak jauh dan terkenal dengan pulau-pulaunya yang cantik. Pelbagai pilihan makanan halal boleh dicuba dan murah! Cameron Highland, cuacanya dingin penuh dengan kehijauan.



Banyak lagi destinasi impian yang menarik seperti di Indonesia, Vietnam, Thailand, Korea, Turkey, Kashmir, ikut cita rasa masing-masing.



Namun pada Mac lalu, destinasi pilihan saya mengembara bersama keluarga ialah Tanah Suci Makkah dan Madinah.



Kembara umrah kali pertama bersama Syukran Travel yang misinya ziarah berteraskan ilmu di bawah pimpinan Encik Ismail Sapari dan isterinya, Cik Fawziah Jappar.



MENGEMBARA SAMBIL BERIBADAH



Kami dibawa ziarah ke tempat-tempat bersejarah seperti Ji'ranah (Miqat), Jabal Rahmah (lokasi pertemuan Nabi Adam dan Hawa), Kota Thaif (Kota kenangan dakwah Nabi Muhammad saw), Kebun Kurma Majed, Jabal Nour, ladang unta dan banyak lagi.



Pengalaman ditimba dan kenangan sangat berharga terutama semasa kami 'berjuang' untuk ke Hajar Aswad, berdoa di bawah pancuran emas, bersolat di Makam Ibrahim yang sebelumnya saya sangka mudah tapi sebenarnya banyak cubaannya.



DOA DAN ZIKIR PERLU PADA SETIAP MASA



Jemaah harus sihat dan kuat untuk melalui cabaran berdepan dengan berbagai sikap manusia yang kadang kala menolak satu sama lain.



Kami bertuah dapat memegang dan mencium Hajar Aswad.



Kesatuan fikiran dan sikap melindungi sesama jemaah jelas kelihatan.



Sebagai penulis saya ingin mencatat beberapa perkara penting sebelum jemaah menunaikan ibadah haji atau umrah.



Perjalanan umrah sebegini dapat membantu mereka mempelajari selok-belok dan merasai suasana di Masjidil Haram agar mereka tidak kekok dan takut bila diundang menjadi tetamu Allah.



Kita dapat mempelajari sendiri sikap manusia yang datang dari satu pelosok dunia.



Perlu berbekalkan sikap sabar, bertimbang rasa dan tidak mementingkan diri sendiri semasa mengerjakan ibadah ini terutama semasa melakukan tawaf dan berdoa di tempat-tempat yang mustajab doa.



Melalui sirah Nabi saw dan pengorbanannya yang diceritakan oleh para pembimbing kami, jemaah dapat tanamkan sifat cinta Rasulullah melalui program ziarah.



Hubungan sesama jemaah, pegawai dan mutawif bertambah kuat dan mesra melalui perjalanan umrah ini.



Kami berpegang kepada kata-kata "bersatu teguh bercerai roboh" dalam melakukan sesuatu visi ibadah, contohnya untuk mendapatkan pengalaman memasuki Taman Raudhah di Masjid Nabawi.



Akhir kata, penting bagi tetamu Allah melengkapkan diri dengan ilmu sebelum berangkat, kemudian yakin untuk melakukan ibadah di Kota Suci Makkah dan Madinah bagi mendapatkan ganjaran pahala yang lebih besar.



Kami semua bersyukur kerana terpilih menjadi tetamu Allah.



Pengalaman pahit manis menjadi ingatan sepanjang hayat kerana pertama kali menjejakkan kaki di bumi Makkah Al-Mukarramah.



Penjagaan kesihatan sangat penting, contohnya, ibadah tawaf yang dilakukan sebanyak tujuh pusingan memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta tumpuan yang tinggi kerana perlu berasak dengan lautan umat Islam dari serata dunia.



Begitu juga dengan ibadah Sai yang perlu banyak berjalan.



Kami beruntung dapat menyaksikan kebesaran Tuhan menyatukan umat manusia dari seluruh dunia yang datang ke Kota Makkah untuk beribadah dan mengunjungi makam Rasulullah saw di kota Madinah Al-Munawarah.



  • Penulis seorang novelis.


Kirimkan pengalaman melancong anda



ANDA baru pulang mengembara atau melancong dan mempunyai kisah serta foto menarik yang ingin dikongsi? Halaman ini mengalu-alukan sumbangan sukarela anda.



Kirimkan pengalaman melancong atau lawatan anda ke luar negara dalam bentuk rencana kepada pengelola ruangan Kembara GAH menerusi e-mel bhgah@sph.com.sg.



Tulisan anda sebaiknya mengandungi antara 550 dan 600 perkataan.



Gambar pula mesti dalam format .jpg dengan resolusi sekurang-kurangnya 300 dpi dan disertakan sekali penerangan (kapsyen) bagi setiap gambar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >