KENANGAN KERETA API: KERETA API KURANDA, QUEENSLAND

Hayati keindahan semula jadi Kuranda

Menaiki kereta api sambil menikmati pemandangan gunung-ganang, air terjun, desa permai mahupun pekan yang terisi dengan rumah kedai usang benar-benar mencetus ketenangan. Baru-baru ini, wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) berpeluang menjadi penumpang kenderaan klasik itu di dua kota berasingan - Kuranda di Queensland, Australia, dan Kota Kinabalu, Sabah. Ikuti perjalanan nostalgianya.

SEBUT tentang kereta api, bermacam nostalgia muncul di fikiran.

Saya akan teringat kereta api mainan berkuasa bateri yang ayah belikan buat saya dan abang. Bising bunyinya dan terang pancaran lampunya. Lebih menyeronokkan, ia turut mengeluarkan kepulan asap daripada serombong.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan