SETELAH sekian lama terperosok dalam pejabat dan bekerja siang malam, apa kata mohon tempoh percutian singkat dan jelajah negara terdekat dengan kita, Malaysia?
Malaysia adalah destinasi terbaik untuk dikunjungi tahun ini - mana dengan kegiatan menariknya, seperti perarakan serta persembahan berwarna-warni, pesta-pesta makanan yang pasti membuat anda kecoq lioq (kecur liur), dan tarikan alam semula jadi.