Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Indahnya dapat buat ibadah sambil lawat tempat sejarah

Oct 07, 2019 | 05:30 AM



BARU-baru ini, saya, kakak dan kededua orang tua saya telah berpeluang melakukan umrah bersama wisata ke beberapa tempat bersejarah Islam di Timur Tengah.



Selain banyak tempat yang dilawati, kami sekeluarga juga didedahkan kepada amalan-amalan beribadah yang menjadi sebahagian daripada umrah kami.



Berikut urutan perjalanan kami dan kegiatan yang dilakukan.



BAITULMAKDIS



Hari pertama: Tiba di Lapangan Terbang Tel Aviv dan melalui pemeriksaan imigrasi yang ketat.



Ayah dan beberapa anggota rombongan kami diperiksa rapi selama beberapa jam sehingga kami terlepas sarapan. Selepas itu, kami dibawa makan tengah hari.



Kami menginap berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa.



Hari kedua: Selepas sarapan, kami menziarahi Masjid Al-Aqsa dan melihat-lihat kawasan sekitarnya.



Kami menziarahi beberapa masjid lama dan bersejarah yang terletak di bawah tanah (bangunan lama bawah tanah) dan The Dome Of The Rock yang dikenali juga sebagai Al-Haram Al-Syarif atau Tempat Suci Yang Mulia.



Saya melihat Masjid Al Buraq (tempat Nabi Muhammad saw menambat buraq). Saya dapat melihat banyak kucing di pekarangannya.



Kemudian, kami menziarah pula makam Nabi Ibrahim dan beberapa anggota keluarganya yang juga dimakamkan di situ.



Hari ketiga: Selepas sarapan, kami dibawa pula ke Gunung Zaitun (Olives Mountain).



Di situ kami dapat melihat keseluruhan kota Baitulmakdis dengan pemandangan indah ke arah menara rumah-rumah ibadah Islam, Nasrani dan Yahudi.



Saya dapat melihat kubah Masjid Al-Aqsa dan kubah menara mercu tanda batu 'tergantung'.



Kemudian kami menziarah makam Nabi Musa.



Di situ juga terdapat banyak kucing. Saya juga berasa geli hati melihat seekor kucing begitu selesa duduk di pangkuan kakak saya.



Selepas makan tengah hari, kami dibawa ke sebuah kedai barangan cenderahati dari Laut Mati.



Kemudian kami mandi-manda di Laut Mati dengan air lautnya yang sangat masin, sehinggakan semasa saya dan ayah mandi, kami terapung di laut itu. Sungguh seronok!



Hari keempat: Kami bertolak ke lapangan terbang untuk ke Istanbul dan bertukar pesawat ke Madinah.



Pesawat itu ramai penumpang kerana 'terlebih tempahan' jadi kami sekeluarga dialihkan ke kelas bisnes. Saya selesa dan seronok menikmati perjalanan itu. Alhamdulillah!



MADINAH



Hari Pertama: Dari lapangan terbang Madinah, kami dibawa ke hotel.



Kami mulakan ibadah dengan bersolat zuhur di Masjid Nabawi.



Selepas solat, kami makan tengah hari di hotel sebelum kaum Adam dibawa menziarah Makam Nabi Muhammad saw.



Kami bersolat asar, maghrib dan isyak di Masjid Nabawi yang amat menarik perhatian saya.



Hari kedua: Kami berpeluang menziarah beberapa buah masjid bersejarah seperti Masjid Quba' yang merupakan masjid pertama dibangunkan Nabi Muhammad saw di Madinah.



Kami juga ke pasar kurma, membeli kurma sebagai buah tangan, sebelum menziarahi pula Masjid Qiblatain - masjid yang terkenal dengan peristiwa Nabi Muhammad saw mengalih arah kiblat dari Masjid Al-Aqsa ke arah Kaabah di Makkah.



Seterusnya, kami menziarahi Masjid Uhud, sebelum ke hotel.



Selepas makan malam, kami ke Raudhah, kawasan utama di Masjid Nabawi sehinggakan untuk masuk Raudhah keadaannya amat sesak. Orang ramai berasak-asak mencari tempat untuk bersolat di Raudhah.



Saya berasa terlalu panas dan letih sehinggakan ayah menggendong saya.



Apabila pintu dibuka, orang ramai berlari masuk ke Raudhah. Mereka berebut-rebut, nasib baik saya dan ayah berjaya masuk dan bersolat di tempat yang digelar Taman Syurga ini.



Hari ketiga: Selesai solat zuhur di masjid, kami berjalan-jalan sambil membeli-belah di sekitar masjid.



Malam itu, ibu dan kakak ikut jemaah kaum Hawa yang lain untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah saw kerana kami akan meninggalkan Madinah keesokannya.



Hari keempat: Kami bangun awal untuk menaiki bas ke Makkah.



Kami berhenti seketika di Miqat di mana kami mula berihram.



MAKKAH



Hari pertama: Kami tiba di Makkah lewat malam dan mulakan ibadah umrah kami.



Hari kedua: Kami penuhkan hari ini melakukan ibadah di Masjidil Haram. Sungguh gembira kerana impian saya ke Tanah Suci tercapai.



Hari ketiga: Kami pergi melawat ke beberapa tempat. Malangnya saya tertidur di dalam bas, jadi saya tidak tahu apa yang berlaku sepanjang perjalanan. Apabila sedar, kami sudah tiba di sebuah masjid.



Kami berihram dan solat sunat di masjid ini. Lepas itu kami kembali ke Makkah untuk melakukan umrah sekali lagi.



Hari keempat: Hari ini, saya berehat di hotel sementara ayah dan ibu melakukan umrah.



Selepas makan malam dan bersolat isyak, kami mendaki 'Jabal Nur'.



Saya dapati ada beberapa orang pekerja sedang menyimen tangga yang rosak.



Ada juga jemaah tolong menyuluh laluan untuk kami menaiki tangga.



Saya lihat ramai juga peminta sedekah. Di puncak 'Jabal Nur', saya lihat sebuah gua (Gua Hira) tempat Nabi Muhammad saw berdoa, bersolat dan menerima wahyu pertamanya.



Hari kelima: Selepas makan tengah hari, kami membeli-belah di pusat beli-belah berdekatan kawasan masjid dan hotel.



Hari keenam: Kami lakukan tawaf selamat tinggal (wada'). Rasa terharu dan sedih. Entah bila dapat ke sana lagi.



Kemudian kami menaiki bas menuju ke lapangan terbang dengan perjalanan memakan masa sekitar sejam. Dari sana, kami menaiki pesawat ke Istanbul, sebelum diterbangkan pula ke Singapura.



Pastinya lawatan ini merupakan kenangan paling manis buat saya sekeluarga.



  • Penulis pelajar Sekolah Rendah Ngee Ann.


Kirimkan pengalaman melancong anda



ANDA baru pulang mengembara atau melancong dan mempunyai kisah serta foto menarik yang ingin dikongsi? Halaman ini mengalu-alukan sumbangan sukarela anda.



Kirimkan pengalaman melancong atau lawatan anda ke luar negara dalam bentuk rencana kepada pengelola ruangan Kembara GAH menerusi e-mel bhgah@sph.com.sg.



Tulisan anda sebaiknya mengandungi antara 550 dan 600 perkataan.



Gambar pula mesti dalam format .jpg dengan resolusi sekurang-kurangnya 300 dpi dan disertakan sekali penerangan (kapsyen) bagi setiap gambar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >