HARGA hartanah di Siem Reap, sebuah bandar di barat laut Kemboja di mana terletaknya Angkor Wat yang terkenal, terus melonjak dalam enam bulan pertama tahun ini hasil pertumbuhan pesat industri pelancongan.
Menyatakan demikian kepada Khmer Times, ejen hartanah berkata bahawa harga hartanah di ibu kota wilayah itu naik sekitar 5 peratus di kawasan perumahan dalam enam bulan pertama tahun ini, dan antara 5 dengan 6 peratus di kawasan komersial.