Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jumlah pelancong China serbu Dubai naik 119% sejak 2014

Aug 13, 2018 | 05:30 AM



JUMLAH pelancong China yang melawat Dubai kian bertambah menyusuli beberapa insentif lawatan yang diperkenal termasuk visa semasa ketibaan buat mereka.



Dubai menyaksikan peningkatan sekitar 119 peratus dalam jumlah pelawat China sejak 2014.



Tahun lalu, peningkatannya 41.4 peratus berbanding 2016, menurut laman khaleejtimes.



Pelawat China mencapai rekod 400,547 pelancong dan kadar pertumbuhannya diramal terus bertambah tahun ini, menurut Jabatan Pemasaran Pelancongan dan Dagangan Dubai (Pelancongan Dubai) dalam kenyataannya baru-baru ini.



Antara pencapaian utama yang menyumbang kepada pertumbuhan pesat itu ialah visa semasa ketibaan bagi rakyat China dan perjanjian kerjasama terkini dengan Huawei, Fliggy dan Tencent, menurut Pelancongan Dubai.



Pengarah Agung Pelancongan Dubai, Encik Helal Saeed Almarri, berkata jabatan itu menggunakan dua pendekatan bagi menarik pelawat China.



Sedang kerjasama, pelaburan dan kegiatan pemasaran utama dilakukan di 48 bandar serata China, Pelancongan Dubai bekerjasama dengan firma yang menumpukan perhatian pada usaha menambah pengalaman pelawat China ke Dubai.



Pengenalan visa semasa ketibaan bagi rakyat China pada 2016, sejajar dengan bertambahnya pesawat dari China - dengan kadar 30 pesawat seminggu pada masa ini atau pertambahan 13 peratus tahun lalu - juga menyumbang kepada pertumbuhan pesat itu.



Januari lalu, Pelancongan Dubai menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Huawei, yang memaparkan imej tarikan utama di Dubai, termasuk Burj Khalifa dan Atlantis The Palm, dimuatnaikkan pada telefon bimbit Huawei.



Sejajar itu, tahun lalu Dubai bekerjasama dengan Tencent yang memiliki platform media sosial, WeChat, dengan kadar 1 bilion pengguna sebulan, dalam usaha mempromosikan Dubai sebagai destinasi pelancongan ke semua aplikasi.



Lebih 760,000 pelancong China melawat Dubai tahun lalu, sementara sekitar 258,000 pelawat China meawat bandar itu pada suku pertama tahun ini - kenaikan 12 peratus berbanding tahun sebelumnya.



China sumber pasaran utama pelancongan dengan sekitar 129 juta lawatan keluar dicatat tahun lalu.



Buat masa ini, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menarik sekitar 1.9 peratus pasaran China yang melancong ke luar negara. Trend itu dijangka terus berlaku sedang 154 juta pelancong China dianggar pergi ke luar negara tahun ini, disusuli 244 juta pada 2022.




Kirimkan pengalaman melancong anda



ANDA baru pulang mengembara atau melancong dan mempunyai kisah serta foto menarik yang ingin dikongsi? Halaman ini mengalu-alukan sumbangan sukarela anda.



Kirimkan pengalaman melancong atau lawatan anda ke luar negara dalam bentuk rencana kepada pengelola ruangan Kembara GAH menerusi e-mel bhgah@sph.com.sg. Tulisan anda sebaiknya mengandungi antara 550 dan 600 perkataan.



Gambar pula mesti dalam format .jpg dengan resolusi sekurang-kurangnya 300 dpi dan disertakan sekali penerangan (kapsyen) bagi setiap gambar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >