JAMBATAN Barelang atau singkatan bagi tiga pulau - Batam, Rempang dan Galang - berdiri megah menyambut para pelancong yang berhenti untuk merakamkan pemandangan indah di sekitarnya sebelum meneruskan perjalanan.
Seperti yang dijangka, kebanyakan daripada pelancong itu menuju ke Pulau Galang - bekas pusat penampungan pelarian Vietnam yang kini menjadi salah satu tarikan utama di Batam.