Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Russia tawar pelancongan ke ruang angkasa

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Russia tawar pelancongan ke ruang angkasa

Mar 05, 2018 | 05:30 AM

RUSSIA sedang merancang menghantar para pelancong berbayar ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsanya bagi pengalaman berjalan di ruang angkasa lepas buat pertama kali.

Ini dinyatakan seorang pegawai daripada industri angkasa lepas negara itu.

"Kami sedang berbincang tentang kemungkinan menghantar para pelancong untuk menikmati pengalaman berjalan di angkasa lepas," kata ketua syarikat angkasa lepas Russia, Energia, Encik Vladimir Solntsev, kepada tabloid Komsomolskaya Pravda.

"Penganalisis pasaran menganggap mereka yang akan memilih pengalaman itu adalah golongan berada yang sedia berbelanja untuk melaluinya," kata Encik Solntsev.

Laman thedailystar dan The Guardian melaporkan kos bagi lawatan sedemikian mungkin mencecah sehingga AS$100 juta ($132 juta), atau mungkin kurang sedikit bagi pelawat kali pertama.

Para pelawat berupaya keluar berjalan di angkasa lepas sambil menghasilkan sebuah filem atau klip video, katanya.

Syarikat Energia, yang terlibat dalam pelancaran angkasawan pertama, Yuri Gagarin pada 1961, kini sedang menghasilkan sebuah modul baru diberi nama NEM-2 bagi pelancaran para pelancong ke Stesen Angka Lepas Antarabangsa (ISS).

Encik Solntsev berkata NEM-2 - namanya masih belum dapat disahkan - akan mampu menampung antara empat dengan enam orang.

Ia akan dilengkapkan dengan kabin selesa, dua tandas dan khidmat Internet.

"Ia sepatutnya dilancarkan pada 2019.

"Secara amnya, ia amat selesa, walau pun di angkasa lepas," kata jurucakap rasmi itu lagi.

Beliau menambah pengilang pesawat Amerika, Boeing, telah melahirkan minat untuk bekerjasama dalam projek tersebut.

Dalam setahun, lima hingga enam pelancong akan dapat menyertai lawatan ke angkasa lepas itu yang dijangka berjalan selama 10 hari, kata Encik Solntsev.

Pelancongan angkasa lepas kini merupakan sektor yang sedang membangun dan dipelopori syarikat-syarikat barat seperti Virgin Galactic, yang telah menghasilkan pesawat komersil SpaceShipTwo pada 2016.

Russia telah menghantar pengasas Cirque du Soleil, Guy Laliberte (asal Canada), ke angkasa lepas pada 2009.

Jutawan itu menghabiskan tempoh dua minggu di ISS.

Usahawan asal Iran, Anousheh Ansari, merupakan pelancong wanita pertama ke angkasa lepas pada 2006.


Kirimkan pengalaman melancong anda

ANDA baru pulang mengembara atau melancong dan mempunyai kisah serta foto menarik yang ingin dikongsi?

Halaman ini mengalu-alukan sumbangan sukarela anda.

Kirimkan pengalaman melancong atau lawatan anda ke luar negara dalam bentuk rencana kepada pengelola ruangan Kembara GAH menerusi e-mel bhgah@sph.com.sg. Tulisan anda sebaiknya mengandungi antara 550 dan 600 perkataan. Gambar pula mesti dalam format .jpg dengan resolusi sekurang-kurangnya 300 dpi dan disertakan sekali penerangan (kapsyen) bagi setiap gambar.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3