NEW Zealand telah melancarkan versi terkini Panduan Makanan Halalnya dalam satu usaha memperbaiki pengalaman para pelawat Muslim dan menawarkan mereka dengan pandangan menyeluruh mengenai pilihan kulinari halal di seluruh negara tersebut.
Sejak pelancaran Panduan Makanan Halalnya pada 2016, edisi 2017/18 kini termasuk tambahan 289 restoran dan kafe, peningkatan senarai sekitar 51 peratus daripada edisi sebelum ini, yang mendapat pensijilan halal atau menawarkan sajian sayuran, di wilayah baru seperti Whangarei dan Marlborough.