Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelbagai sajian enak di Brunei

Mar 12, 2018 | 05:30 AM



BILA sebut tentang raja buah-buahan, pasti durian jenis Musang King ataupun D24 akan terlintas di fikiran ramai pembaca.



Namun pernahkah anda melihat atau mendengar tentang durian bersaiz kecil dengan isinya yang berwarna merah?



Keunikan durian ini hanya boleh didapati di beberapa wilayah Borneo dan ia merupakan antara buah kegemaran ramai penduduk di Brunei.



Di sebalik keindahan pemandangan yang terdapat di sana, Brunei juga terkenal dengan beberapa juadah menarik yang hanya terdapat di sana.



Dalam siri khas kedua Brunei, Berita Harian ingin membawa anda mencari makanan dan hidangan enak lagi unik yang terdapat di sana dan menjadi antara tarikan pelancong.



Percutian ini sebahagian daripada pengembaraan siri travelog terbaru Berita Harian yang dihos artis Singapura Rosalina Musa, dengan tajaan Royal Brunei Airlines (RBA).



BUAH-BUAHAN EKSOTIK



Durian Otak Udang Galah.



Menerusi namanya sahaja, bunyinya mungkin pelik, namun sebaik sahaja kulitnya dikupas, durian ini 'memancarkan' isi yang berwarna merah cerah - persis warna udang galah yang telah dimasak.



Bagaimanapun, buah yang banyak didapati di kawasan perhutanan sekitar Brunei, memang terkenal di kalangan penduduknya.



Anda hanya perlu melawat pasar-pasar yang terdapat di sekitar Bandar Sri Bengawan dan anda pasti akan melihat durian ini dijual secara empat hingga lima biji seikat atau secara longgok.



Jika anda peminat durian, anda tidak harus melepaskan peluang untuk menikmati kelazatan buah ini.



Selain raja segala buah-buahan ini, Brunei juga kaya dengan buah-buahan liar seperti bambangan dan tarap.



Bambangan merupakan sejenis mangga liar, namun tidak seperti mangga biasa yang mempunyai kulit yang agak lembut, kulit bambangan agak keras dan berwarna coklat.



Ia juga mempunyai isi berserabut yang berwarna kuning namun rasanya amat manis apabila ia masak. Ramai yang gemar jadikan buah ini sebagai jus minuman.



Sementara itu, tarap pula sejenis buah asli yang hanya terdapat di Borneo. Buah ini mempunyai kaitan dengan buah sukun dan nangka dan mempunyai isi yang lembut dan berkrim dan mempunyai kemanisan tersendiri.



TRADISI DAN WARISAN DIKEKALKAN



Selain menikmati buah-buahan eksotik, pengalaman mengunjungi Brunei tidak lengkap jika anda tidak mencuba hidangan tradisi dan nasional mereka, iaitu Ambuyat.



Lebih dikenali sebagai ambuyat cencah, hidangan berkanji ini diperbuat daripada sagu yang dikacau dengan air panas hingga kental.



Hidangan tersebut harus digulung menggunakan kayu sepit kemudian dicecah dengan hidangan sampingan lain seperti sambal belacan, sambal tumis, kerabu ikan ataupun kangkung goreng.



Ia merupakan antara hidangan kegemaran masyarakat Brunei dan dilihat sebagai pengganti nasi. Menariknya, cara untuk menikmati hidangan ini adalah untuk terus menelannya dan tidak mengunyah.



Mungkin pada mulanya amat payah, namun apabila sudah membiasakan diri, anda mungkin tidak mahu berhenti.



Hidangan terkenal Brunei lain yang boleh anda dapatkan jika anda berwisata ke sana adalah kuih wajik, satay urat serta pulut panggang.



Jika anda berkesempatan untuk mengikuti pengembaraan ke Taman Negara Ulu Temburong dan mengunjungi Sumbiling Eco Village, mereka menawarkan aktiviti di mana pengunjung mampu mempelajari memasak masakan tradisi kaum Iban iaitu Pasuk Manuk atau lauk ayam yang dimasak di dalam buluh.



Justeru, percutian anda ke Brunei tidak akan membosankan jika anda dapat mencuba setiap hidangan dan makanan yang terdapat di sana.



Anda tidak mungkin mengenali sesebuah negara jika anda tidak mencuba makanan nasional dan tradisinya.



  • Lawatan ini ditaja Royal Brunei Airlines.


TEMPAT MENDAPATKAN HIDANGAN BRUNEI  



Jika anda melancong ke Brunei, pastikan anda mengunjungi restoran dan tempat-tempat ini untuk mendapatkan dan menikmati hidangan tradisi masyarakat Brunei.



1. Ceri Cafe



Ceri Cafe merupakan antara restoran yang boleh dikunjungi para pelancong. Dengan tiga cawangan sekitar Brunei - Gadong Central, Kiulap dan Kompleks Delima - restoran ini menghidangkan pelbagai makanan yang enak dengan harga yang berpatutan.



Antara lauk yang menjadi kegemaran krew penggambaran Berita Harian ke sana adalah daging lembu bermadu, ayam dan udang telur masin dan asam pedas ikan.



2. Restoran Aminah Arif



Restoran Aminah Arif amat terkenal dalam kalangan masyarakat Brunei serta para pelancong.



Mereka menawarkan makanan tradisional Brunei yang terkenal seperti hidangan Ambuyat dan pelbagai kuih-muih mengikut resipi turun-temurun keluarga.



Dengan adanya lima cawangan, restoran ini menyediakan suasana yang mesra untuk keluarga menikmati hidangan yang disediakan.



3. Pasar Pelbagai Barangan Gadong



Terkenal dengan pelbagai juadah yang dijual dengan suasana seperti pasar malam, Pasar Gadong merupakan antara destinasi yang sering dikunjungi masyarakat di Brunei terutama di hujung minggu.



Pasar ini menawarkan banyak makanan dan buah-buahan menarik dari Brunei seperti Durian Otak Udang Galah, satay urat dan beberapa makanan yang dibakar dan dipanggang.



Kunjungan ke Brunei tidak lengkap tanpa mengunjungi Pasar Gadong.




PAKEJ PENGALAMAN BRUNEI 3 HARI 2 MALAM



Harga: $445 seorang (minimum dua orang)



Tempoh penjualan: Hingga 31 Mac 2018



Tempoh wisata: Hingga 31 Mei 2018



Pakej mengandungi:



- Tiket kapal terbang (pergi dan balik) Royal Brunei Airlines, termasuk semua cukai yang dikenakan



- Penginapan dua malam berserta sarapan pagi



- Pemindahan dari lapangan terbang ke hotel, dan dari hotel ke lapangan terbang (airport transfer)



- Pemandu pelancong yang mampu berbahasa Inggeris



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat RBA di +65 6235-4672.




Kirimkan pengalaman melancong anda



ANDA baru pulang mengembara atau melancong dan mempunyai kisah serta foto menarik yang ingin dikongsi?



Halaman ini mengalu-alukan sumbangan sukarela anda. Kirimkan pengalaman melancong atau lawatan anda ke luar negara dalam bentuk rencana kepada pengelola ruangan Kembara GAH menerusi e-mel bhgah@sph.com.sg.



Tulisan anda sebaiknya mengandungi antara 550 dan 600 perkataan.



Gambar pula mesti dalam format .jpg dengan resolusi sekurang-kurangnya 300 dpi dan disertakan sekali penerangan (kapsyen) bagi setiap gambar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >