Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Pernahkah Kita Warga Dunia Bertanya Mengapa Mereka Bagaikan Terus Terkunci Diri

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Pernahkah Kita Warga Dunia Bertanya Mengapa Mereka Bagaikan Terus Terkunci Diri

(buat mereka yang bergelar Rohingya di daerah kemelut dan terkucil yang kaya air mata)
Sep 18, 2017 | 05:30 AM

Pernahkah kita warga dunia bertanya
mengapa mereka bagaikan terus terkunci diri
dalam kamar sunyi
teraba-raba dalam ruang gelap-gelita
lentera dimatikan dengan sengaja
bukannya terputus bekalan tenaga
melangkah keluar menjenuhkan sahaja
kerana kehilangan kunci
entah ke mana letaknya
dan ada orang-orang di luar sana
tak akan mudah dan tidak mahu mengerti
bahasa sepi yang mengusik hati
jeritan tidak lagi diendahkan
rintihan semakin tebal warna kesayuan.

Dengarlah tangisan mereka:
"Di sini
di daerah yang terkucil ini
ada wang boleh hidup sehari lagi
bau wang lebih harum daripada
segala bauan di mayapada
boleh melarikan diri
ke mana-mana daerah asing
yang mulus menghulurkan salam mesra
dan tahu hitamnya warna sebuah kekejaman
yang harus dipadamkan
bukan memadamkan lentera hidup kami
yang terpaksa membaca
dengan iringan air mata
bab-bab wanita dan anak-anak kecil yang tidak berdosa
sebuah buku cerita bangsa yang tersepit dan tercela."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3