JIKA anda inginkan destinasi yang pasti menenangkan fikiran dan membuat anda lupa akan kesibukan serta hiruk-pikuk harian di Singapura, Perth yang terletak di Australia Barat, merupakan destinasi paling sesuai.
Kawasan bandarnya lengkap dengan pelbagai pusat beli-belah, daya tarikannya pula memang cukup istimewa dan alam semula jadinya memang menawan dan memukau sesiapa saja yang mengunjungi bandar ini.