TANZANIA dijangka melancarkan 'rumah anak yatim' untuk anak-anak gajah di Arusha di utara negara itu.
Encik Lazaro Nyalandu, yang merupakan Menteri Sumber Asli dan Pelancongan Tanzania berkata rumah anak yatim untuk haiwan tersebut akan mempunyai sebanyak 52 anak gajah sebagai permulaan apabila ia mula dibuka dalam beberapa minggu akan datang.