Faktor pengaruhi gangguan penglihatan:
Populasi Yang Menua:
Penambahan dan penuaan populasi meningkatkan rabun dan kebutaan.
Perubahan Gaya Hidup:
Kegiatan melihat skrin pada jarak dekat yang berlebihan mendorong risiko miopia. Kencing manis yang dikaitkan dengan gaya hidup tidak aktif boleh mengakibatkan masalah mata.
KESIHATAN MATA DAN AMALAN PENJAGAANNYA:
Mata merupakan organ penting dan perlu dijaga.
Pemeriksaan mata berkala adalah penting untuk kesihatan penglihatan.
Ketika Membaca:
Jaga jarak membaca antara 30-40 sentimeter dari mata.
Sentiasa duduk tegak semasa membaca.
Hindari membaca semasa dalam perjalanan atau di kenderaan bergerak.
Pencahayaan:
Pastikan cahaya membaca tidak terlalu gelap atau terang.
Makanan untuk Mata:
Makan makanan kaya dengan vitamin A dan C: susu, sayur (misalnya lobak, brokoli) dan buah-buahan (seperti aprikot dan anggur).
Lobak dan tomato kaya dengan Vitamin A.
Amalan senaman untuk mata:
Lakukan latihan fokus mata.
Rehat mata selepas menggunakan komputer.
Lihat warna hijau untuk menenangkan mata.
Pengguna Komputer:
Letakkan skrin pada jarak dan tinggi yang sesuai.
Gunakan pencahayaan yang sesuai dan elakkan silau.
Kelip mata dengan kerap dan rehatkan mata.
Cermin Mata Keselamatan:
Gunakan apabila terdedah kepada bahaya seperti kerja-kerja mesin.