Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

HEPATITIS: “PEMBUNUH SENYAP”

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kesihatan
35
0

Berita Pengiklan: Dibawakan oleh Gilead Sciences

HEPATITIS: “PEMBUNUH SENYAP”

Di Singapura, prevalens penyakit ini mungkin rendah, namun ia boleh menjejas lebih ramai orang daripada yang dijangkakan disebabkan kurangnya kesedaran 
Aug 23, 2018 | 06:00 AM

PENYAKIT virus hepatitis adalah satu cabaran kesihatan awam global. Sebuah kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini menunjukkan bahawa hepatitis menyumbang kepada bilangan kematian tertinggi di peringkat global berbanding pelbagai penyakit berjangkit utama seperti AIDS, tuberkulosis dan malaria. Lebih 325 juta orang menghidapi hepatitis B dan C di peringkat global, dan penyakit ini membentuk lebih 1.34 juta kematian setahun.

Hepatitis merupakan punca paling biasa bagi sirosis hati (liver cirrhosis) dan barah hati, dengan satu dalam empat penderita hepatitis mempunyai simptom-simptomnya. Ia digelar “Pembunuh Senyap” memandangkan para pesakit seringkali tidak menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda jangkitan yang jelas, dan seringkali tidak menyedarinya sehingga penyakitnya menjadi kronik dan membawa komplikasi serius.

Strategi Sektor Kesihatan Global WHO mengenai Virus Hepatitis 2016-2021 bertujuan membasmi virus hepatitis menjelang 2030 dengan kemerosotan 90 peratus dalam kes-kes jangkitan baru dan kemerosotan 65 peratus dalam kematian. Bagi 2018, tema WHO ialah, “Periksa. Rawat. Hepatitis” (Test. Treat. Hepatitis), dengan menekankan keperluan mendesak bagi kedua-dua orang ramai dan para profesional penjagaan kesihatan untuk memahami pelbagai kaedah pemeriksaan dan rawatan bagi virus hepatitis untuk membendung penularan jangkitan baru.

Dr. Rajneesh Kumar, anggota Majlis Eksekutif, Pengerusi Program Bantuan Rawatan (TAP)  di Yayasan Penyakit Penghadaman Nasional (NFDD) di Singapura dan konsultan pakar penyakit hati, telah berusaha ke arah memerangi penularan jangkitan hepatitis menerusi usaha kesedaran dan pendidikan.

Bagaimanakah situasi hepatitis di Singapura?

Di Singapura, prevalens hepatitis B ialah 3.6 peratus bagi mereka yang berusia 18 - 79, dan anggaran 0.2 peratus bagi hepatitis C. Bilangan ini mungkin kelihatan tidak besar namun potensi bebanannya lebih tinggi memandangkan sehingga 50 peratus pembawa hepatitis C tidak menyedari mereka menghidapi penyakit ini. Ini disebabkan kurangnya kesedaran secara umumnya mengenai hepatitis, diagnosisnya, simptom-simptomnya, dan kaedah rawatannya. Beberapa kumpulan tertentu juga berisiko lebih tinggi dijangkiti berbanding orang lain. Contohnya, satu kajian penduduk Singapura melibatkan para penghuni rumah peralihan (halfway house) yang memiliki sejarah penyalahgunaan dadah mendedahkan bahawa satu-pertiga daripada mereka menghidapi hepatitis C.

Apakah keperluan rakyat Singapura yang belum dipenuhi?

Sebahagian besar masalahnya berpunca daripada kurangnya kesedaran. Para pesakit tidak melakukan apa-apa kerana mereka tidak menyedari mereka menghidapi penyakit ini. Salah satu perkara yang kami tekankan ialah menjalani ujian darah. Satu lagi yang perlu diketahui tentang hepatitis C ialah ia boleh pulih sepenuhnya dengan kadar keberkesanan rawatan pada 99 peratus. Kebanyakan pesakit yang didiagnos atau diketahui menghidapi hepatitis C tidak menghabiskan konsultasi bersama doktor mereka, dengan beranggapan tiada rawatan baginya. Ketahuilah bahawa rawatannya mudah, cepat dan berkesan. Hepatitis C boleh dirawat dengan ubat antivirus (DAA) yang bertindak secara langsung, manakala hepatitis B boleh dicegah dengan vaksin.

Bagaimanakah NFDD menyokong pemerintah dalam mencapai matlamat pembasmian hepatitis WHO?  
NFDD menyebarkan kesedaran dengan beberapa cara. Pada Hari Hepatitis Sedunia, kami menganjurkan simposium awam dan berusaha menangani kebimbangan orang ramai dan para pesakit yang menghidapi hepatitis B atau C. Kami mendidik dan memaklumkan mereka mengenai penyakit ini, dan pentingnya mengekalkan kesihatan hati. Kami juga mempunyai laman web untuk mendidik orang ramai mengenai virus hepatitis dan bagaimana ia boleh menyebabkan penyakit hati di www.nfdd.sg. Kami menyasarkan usaha pendampingan (outreach) kami terhadap doktor rawatan am (GP) yang kemudiannya boleh mendiagnos dan merawat para pesakit di klinik secara berkesan.

Program Bantuan Rawatan NFDD (TAP)

NFDD bekerjasama dengan pelbagai syarikat yang menghasilkan ubat-ubatan yang menyasarkan hepatitis C, dan membantu memperolehi ubat-ubatan untuk para pesakit pada harga lebih rendah berbanding farmasi. Para pesakit yang menghadapi kesukaran kewangan dan tidak mampu mendapatkan ubat-ubatan ini boleh mendekati NFDD melalui TAP untuk meraih manfaat daripada pengurangan kos ini. Pada 2017, sekitar 147 pesakit telah meraih manfaat di bawah program TAP. Tahun ini, lebih 93 pesakit telah meraih manfaat sejauh ini sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Senarai Semak Adakah Anda Berisiko

Dengan melengkapkan senarai semak ini, anda boleh mendapat pemahaman lebih baik sama ada anda perlu diperiksa untuk hepatitis B atau C. Jika anda tidak pasti dengan jawapan anda, adalah lebih baik untuk bersikap waspada dan menjawab ‘ya’.

Senarai semak ini bukan bertujuan mendiagnos dan tidak boleh menggantikan ujian yang dijalankan oleh pengamal perubatan.  Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai kesihatan dan potensi risiko anda, berjumpalah doktor anda untuk menjalani ujian hepatitis hari ini.

● Saya pernah menjalani pemindahan darah dan / atau menerima produk darah sebelum 1992
● Saya adalah penerima organ penderma
● Saya adalah penderma organ, tisu atau darah
● Pasangan seks saya ketika ini atau sebelum ini kini atau pernah menghidapi hepatitis B atau C
● Saya mempunyai tatu atau tindikan yang mungkin dibuat dalam keadaan tidak steril
● Saya kini / telah menggunakan ubat intravena / intranasal
● Ibu saya kini atau pernah menghidapi hepatitis B atau C
● Saya kini mengalami demam, keletihan, kehilangan selera makan, rasa mual dan sakit abdomen
● Saya kelihatan berpenyakit jaundis (sakit kuning)

Jika anda menjawab ‘ya’ untuk kebanyakan soalan ini, terdapat risiko bahawa anda perlu diperiksa untuk hepatitis B atau C. Ketahui lebih mengenai hepatitis B dan C dengan mengunjungi www.nfdd.sg atau berbincanglah dengan doktor anda. Kedua-dua penyakit virus ini boleh dipulihkan atau diuruskan dengan ubat-ubatan yang sesuai jika didiagnos awal.

Mengatasi Hepatitis C melalui Pembasmian Mikro (Micro-Elimination atau CHIME)
Gilead Sciences komited untuk membantu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memenuhi matlamatnya untuk membasmi virus hepatitis menjelang 2030. Sedang kami merancang meluaskan impak kami, pasukan Ehwal Perubatan Gilead telah menghasilkan CHIME, sebuah program yang akan membiayai sehingga 30 geran penyelidikan penyakit virus hepatitis C (HCV) yang memberi fokus kepada menyetempatkan (localizing) matlamat pembasmian HCV di peringkat antarabangsa dan nasional bagi memenuhi keperluan unik pelbagai masyarakat lebih kecil di seluruh dunia. Pelbagai projek CHIME akan diberi anugerah sehingga US$350,000. Pelbagai cadangan yang berjaya harus menunjukkan matlamat saintifik yang jelas, garis masa yang jelas, pelan operasi komprehensif dan potensi menghasilkan data yang relevan kepada masyarakat dan para pembuat dasar perubatan. Gilead kini menerima penyerahan cadangan daripada pihak-pihak berminat yang disemak secara pusingan (rolling basis). Cadangan-cadangan akan diterima sehingga 30 September 2018. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.gilead.com/research/conquering-hepatitis-via-micro-elimination.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3